Monday, May 20, 2013

Ibu Mertuaku - Filem P Ramlee - Penuh dengan pengajaran -

Assalamualaikum semua sahabat Bila Kita Mula Bersuara





Filem ibu mertuaku arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee merupakan sebuah filem hitam putih yang diterbitkan sekitar tahun 1962. Posting ini , kami dedikasikan khas bagi mengenang jasa Allahyarham sebagai seorang anak seni yang pastinya tiada gantinya.

Filem ini mengisahkan seorang ahli muzik berkahwin dengan anak orang kaya yang kita boleh anggap  darjat mejadi pilihan. Perkahwinan itu diputuskan oleh ibu mertuanya selepas tiga hari "sabariah" diberi peluang untuk memilih antara doktor dan ahli muzik. Bagaimana karier sorang ahli muzik dipersoal ketika itu menunjukkan darjat menjadi pilihan Nyonya Mansur. Pasangan pengantin baru ini dihalau keluar dari rumah sehingga si ibu sanggup memutuskan hubungan nya dengan anak sendiri. 

Dimana nilai seorang ibu yang sepatutnya ada pada Nyonya Mansur..??  Apakah yang harus Kassim Selamat lakukan untuk meneruskan kehidupan? Sabariah pula... Adakah Sabariah benar-benar redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan untuk beliau..? 

Penciptaan watak yang sememangnya memberi impak kepada sesiapa yang menonton filem ini.Dengan lagu " Jeritan Batinku" dan jangan tinggal daku umpama rencah dan rempah yang sangat sedap dalam sesebuah masakan dan ianya sebati dengan masakan tersebut. Filem sepanjang zaman dan tidak muak untuk kita tonton. 


Tidak salah kiranya kita cuba huraikan pengajaran , nilai murni dan norma kehidupan dalam filem ini....


  • Perkahwinan itu sesuatu yang suci. Jangan disiakan. Isteri itu ialah amanah dan hadiah dari Allah SWT. Jangan kita siakannya...Bagaimana pula dengan restu dari kedua orang tua...? Pegajaran disini, Sabariah memilih untuk keluar dari kemewahan, semata-mata untuk bersama dengan orang yang dicintainya... Kasim Selamat. Kesetiaannya ada, tetapi telah dimanipulasi oleh ibunya sendiri, kerana tidak bersetuju dengan pilihan Sabariah. Babak ini dipertontonkan sesudah Sabariah melahirkan anak mereka , Nyonya Mansur sengaja tidak menjalankan amanah dari Sabariah yang mengutuskan surat kepada Kasim Selamat.Dan sengaja mengutuskan surat yang menyatakan Sabariah sudah mati ketika melahirkan anak mereka. Kesetiaan Sabariah juga tergugat dengan kahadiran Dr. Ismadi.  
Sabda Rasullullah SAW dalam hadisnya bermaksud :
"takutlah kepada Allah , didalam memimpin isteri-isterimu , kerana sesungguhnya mereka adalag amanah yang ada disampungmu, barang siapa tidak memerintahkan suapaya isterinya mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepadanyta, maka khianat kepada Allah dan Rasul-Nya"

Kita boleh wujudkan persoalan ini.... 

...... Adakah Kasim Selamat benar-benar menjalankan tanggung jawapnya sebagai seorang suami??
..... Adakah makan ,pakai nafkah zahirnya cukup untuk sabariah?
......Tidak berkerja sehingga duduk dirumah bawah rumah(kolong) dianggap sebagai menunaikan amanah ?
......fikir-fikirkan mana yang kurang dan muhasabah diri....








  • Cinta dan kasih sayang. Cinta dan kasih sayang Kassim selamat terhadap Sabariah telah menyebabkan kemudaratan keatas diri Kassim Selamat. Buta... Walaupun bukan pintanya, tetapi itu tetap terjadi...  Buta matanya kerana mengetahui isterinya Sabariah meninggal dunia ketika melahirkan anak mereka di Singapura. Kesedihan ...  Bagi Kasim Selamat, hidupnya sudah berakhir ... 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Maka ingatlah Aku nescaya Aku akan mengingatimu dan syukurilah atas nikmat-Ku dan janganlah sekali-kali kamu kufuri nikmat-Ku.” (Surah al-Baqarah, ayat 152).

Bersyukur kepada Allah SWT terdapat tiga tingkat iaitu :

Pertama : Syukur dengan lidah.

Kedua : Syukur dengan anggota .

Ketiga : Syukur dengan hati.

Huraiannya :

Pertama : Syukur dengan lidah.



Persoalan yang kita boleh timbulkan untuk cinta dan kasih sayang ini pula ialah...
          

...Cinta sesama manusia yang berlebihan diutamakan... Adakah Kasim Selamat menjalankan cinta   ...kepada Allah , Cinta kepada Rasul Allah SAW ...?
...Adakah Kasim Selamat Bersyukur dengan anggota dengan sebelum buta , dicelikkan, dan buta sekali lagi..?
...Semoga filem ini memberi pengajaran kepada kita....




  • Belas kasihan dan simpati... Ada nilai  yang kita sepatutnya kita contohi . Ibu kepada Combi merupakan insan yang membantu Kasim Selamat ketika Kasim Selamat tiada hala tuju. Membantu dengan ikhlas...  diberinya makan dan tempat tidur , dan diangkatnya Kasim Selamat sebagai anak angkat selepas mengetahui kisah hidupnya sebagai Kasim Selamat yang diceritakan ketika Kalsum @ Combi dalam keadaan berduka atas pemergian suaminya. Dan pesanan untuk semua, memberi lebih baik dari menerima.... membantulah sebanyaknya dengan niat Ikhlas kerana Allah .
"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!" [Al-Zalzalah:7]


Persoalan yang boleh kita timbulkan..
Dimanakah keikhlasan Dr. Ismadi dan Sabariah membantu Kasim selamat dalam mengembalikan penglihatan kasim selamat..? Apakah bantuan yang diberikan benar-benar ikhlas..?




  • Menerima nasihat ...  Babak ini diterjemahkan oleh watak Combi ...  beliau mendengar nasihat dari Kassim Selamat( yang mahu dikenali sebagai Osman Zailani - menyembunyikan identiti) dan berfikir akan kesannya. Memang betul , tiada guna menangisi pemergian seseorang. Hidup perlu diteruskan. 





  • Bersyukur dengan anugerah Allah SWT. Kesilapan yang harus ditebus ...  Dr Ismadi telah melakukan pembedahan mata bagi membantu Kasim Selamat mendapatkan penglihatannya semula. Pada dasarnya, Sabariah telah menunjukkan yang beliau sememangnya tidak mengetahui akan kejadian sebenar diamana segala rahasia Nyonya Mansur telah berjaya memisahkan mereka. Sabariah juga berkecil hati apabila Kasim Selamat menyatakan isterinya sudah mati.....   Tetapi niat untuk membantu memulihkan penglihatan kepada Kasim Selamat tetap diteruskan. Kasim Selamat mendapat semula penglihatannya. Tetapi adakah Kasim Selamat bersyukur dengan apa yang diterimanya..? fikir-fikirkan.. dan jadikan pengajaran.... 

Musibah atau ujian sewajarnya diberikan oleh Allah S.W.T kepada hamba-hambaNya untuk:

1. Meningkatkan darjat seseorang hamba disisiNya.
Sesungguhnya apabila seseorang hamba diberi musibah, sudah menjadi sunnatullah untuk hamba tersebut meminta bantuan dari Tuannya. Maka musibah yang datang mendekatkan kita dengan Allah.

2. Memberi peringatan.
Sebagai manusia, lupa adalah perkara biasa yang akan berlaku disepanjang perjalanan hidup. Adakalanya Allah memberi musibah sebagai peringatan kepada kita. Untuk menyedarkan kita, dan kembali membawa kita ke jalan yang benar.

3. Menghapuskan doa
Musibah juga dianggap sebagai kafarah dosa dosa yang lalu.

4. Tanda Allah sayang
Berlapang dadalah apabila ditimpa musibah, bahwasanya Allah akan memberi musibah atau dugaan kepada hamba-hambaNya yang disayangi. Bahkan Nabi Muhammad S.A.W juga diberi musibah, inikan pula kita hamba Allah yang hanya biasa biasa iman kita.






  • Penipuan yang tidak seharusnya dilakukan...  Maimunah itulah gelaran Sabariah apabila diperkenalkan oleh Dr Ismadi sebagai isterinya. Penipuan ini sememangnya memberi impak yang sangat hebat apabila filem ini sampai ke kemuncaknya. Dimana segala rahsia Nyonya Mansur terbongkar. Namun sebelum terbongkarnya rahasia Nyonya Mansur , keangkuhannya terserlah. Dengan lantangnya penipuan semakin berleluasa . "kalau kau pun aku tak suka, keturunan kau pun aku tak suka " , sebaris ayat yang cukup menghiris. 

...Apakah penipuan Nyonya Mansur berbaloi ?
...Dr Ismadi tiba-tiba mengaku kesalahanya.... Kepakarannya menjadi ganti...  tetapi berbaloikah penipuan Dr Ismadi apabila cuba menyembunyikan identiti Sabariah ?

- pilih untuk tidak menipu lebih baik - pandangan ikhlas untuk diri dan sahabat-sahabat semua..-






  • Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna....  Segala rahasia telah terbongkar , Nyonya Mansur tidak mungkin dapat menebus kesalahannya. Kecilnya hati Kasim Selamat , sehingga sanggup menjadi buta sekali lagi.. Silap Dr. Ismadi yang menyatakan keadilan apabila telah memberikan semula penglihatan kepada Kasim Selamat sebagai tukaran ganti Sabariah yang dinikahinya. Sesungguhya Kasim Selamat dan Sabariah adalah mangsa keadaan....

"Katakanlah, Mahukah kami khabarkan tentang orang yang paling rugi amalan mereka? Iaitu orang-orang yang telah sia-sia usaha mereka di dunia, sedang mereka menyangka telah mengerjakan sebaik-baiknya." [Al-Kahfi:103-104]








  • Walau apa terjadi, syurga dibawah telapak kaki ibu...
Kedudukan Ibu yang sangat mulia di sisi agama Islam..
dari Abu Hurairah RA , bahawasanya.. ada seorang anak lelaki datang kepada Rasullullah SAW...

Ia berkata, ''Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak saya perlakukan dengan baik?'' Nabi menjawab, ''Ibumu.'' Ia bertanya lagi, ''Kemudian siapa lagi?'' Nabi menjawab, ''Ibumu.'' Kemudian ia bertanya lagi, ''Kemudian siapa lagi?'' Nabi menjawab, ''Ibumu.'' Ia masih bertanya lagi, ''Kemudian siapa lagi?'' Nabi menjawab, ''Bapakmu.'' (HR Bukhari dan Muslim).
Isteri Nabi, Aisyah pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, ''Wahai Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya atas wanita?'' Nabi menjawab, ''Suaminya.'' Lantas Aisyah bertanya lagi, ''Siapakah yang lebih berhak atas seorang laki-laki?'' Nabi menjawab, ''Ibunya?'' (HR Ahmad).


Dalam Quran meletakkan darjat tinggi buat kedua ibu bapa:

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia, dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya, atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah sekali-kali engkau mengatakan kepada keduanya perkataan "ah!" - Jangan pula engkau membentak mereka, dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan, dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku! Sayangilah mereka berdua, sebagaimana mereka berdua telah menyayangi aku semenjak kecil." (Al-Quran Surah. 17:23-24) 





  • Menjadi buta kembali..  itulah nasib Kasim Selamat. Mujur ada yang Ikhlas menerima beliau kembali...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

2. Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?
3. Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.

(al-Ankabut)


Doa ketika menghadapi musibah:

"Seseorang yang tertimpa musibah lalu berkata: Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un dan berdoa: Allahumma jurnii fi musibatii wakhluf liya khairan minhaa (Ya Allah berilah aku pahala dalam musibah ini dan gantilah untukku dengan yang lebih baik daripadanya). Nescaya Allah akan memberinya pahala kerana musibah itu dan menggantikannya dengan yang lebih baik"

(Hadith Riwayat Muslim)






ini dia... kami sertakan dalam posting kali ini dengan ...  Filem Ibu Mertuaku.. Selamat menonton...





Dan ini dia sedikit sumber dari WIKI untuk anda semua Sahabat-Sahabat Bila kita Mula Bersuara..


 P. Ramlee sebagai Kasim Selamat @ Osman Zailani
Sarimah Ahmad sebagai Sabariah
Mak Dara sebagai Nyonya Mansur

Ahmad Mahmud sebagai Doktor Ismadi

Zaiton sebagai Kalsum @ Combi

Ahmad Nisfu sebagai Mamak

Zainon Fiji sebagai ibu Combi











Al  Fatihah kita kepada Allahyarham Tan Sri P Ramli....


Jangan lupa LIKE PAGE (facebook) 
Serasi FM & Hargai Sebuah Pengalaman, Hayati Erti Kehidupan & Zikir-Harian

jangan lupa lawati blog-blog ini yang merupakan sumber rujukan kami....
www.hasrulhassan.com






Sunday, May 12, 2013

Koleksi Video Menginsafkan...


Assalamualaikum Sahabat Sahabat Bila Kita Mula Bersuara....

  • Ada kisah disebalik Video ini.....Dimana bagaimana seorang ini ... menjadi murtad... dan kembali semula ke jalan Allah...  mari kita saksikan bersama....semoga ianya menjadi pengajaran kepada kita semua ..




  • Video kedua ini pula berlaku di Singapura...  Bagaimana kelakuan anak muda sekarang seperti kita kembali ke Zaman JAHILIAH...  Astaga...  dan peratusan keruntuhan moral dalam kalangan anak remaja Melayu Islam semakin meningkat.. Siapa yang harus disalahkan..? Siapa yang harus dipertanggungjawabkan..?.. Tepuk dada , jangan tanya selera... tapi.. tanyalah IMAN...
(video ini sangat eksklusif dimana rangkaian TV di Malaysia tidak mendapat kebenarkan Video ini ditayangkan, tapi kami mengambil risiko atas dasar sayang akan Anak Remaja Islam dan Melayu.. )




  • Tetera Syria dan Rakyatnya sedikitpun tiada gentar dihati...  Al-Quran dan Sunnah menjadi pegangan ...  Hingga ke Akhir hayat.. Hanya Allah menjadi sebutan.. marilah kita bersama-sama mencontohi mereka......








  • Subhanallah... Indah sunguh ciptaan Allah SWT. Sesungguhnya Allah mengetahui kesucian dan keperluan makhluknya;sedangkan ALlah telah memberi peringatan dari pelbagai arah dan cara..dan kelebihan haiwan ini menukar wara badannya mengikut keadaan sekelilinh disebabkan kelemahannya bergerak perlahan...  Subhanallah...






  • Subhanallah... Ya Allah..  lindungi lah anak ini... Limpahan rahmat dan hidayahMU kepada anak ini....  panjangkan umurnya.... Hingga ianya bermafaat untuk dirinya, keluarga dan masyarakat.. 







Thursday, May 9, 2013

Mengapa Di Rindu - Asmidar


Mengapa Dirindu


Anak punai anak merbah...
Terbang turun buat sarang..
Anak sungai pun berubah ini pula hati orang 
mengapa dikenang..

asal kapas jadi benang....
dari benang dibuat baju..
barang lepas jangan kenang..
sudah jadi orang baru..
mengapa dirindu...

Kasih yang dulu tinggalkan mimpi..
kasih yang baru simpan dihati
kasih yang dulu tinggalkan mimpi..
kasih yang baru simpan dihati...

selat teduh lautan tenang
banyak berlabuh perahu acheh
jangan kesal jangan kenang
walau hati rasa pedih 
mengapa bersedih...

kalau pinang masih muda....
rasanya kelat sudahlah pasti..
kalau hilang kasih lama..
cari lain untuk ganti
mengapa dinanti...

patahkan tumbuh.. hilang berganti..
akan sembuh kalau diubati..
patahkan tumbuh hilang berganti
akan sembuh kalau diubati....

sayang mengapa dirindu.....




Demi matahari - Tafsir Surat Asy-Syams - Snada



Assalamualaikum sahabat-sahabat Bila Kita Mula Bersuara

Allah عزّوجلّ berfirman:

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

١. وَالشَّمْسِ وَضُحَاهَا
٢. وَالْقَمَرِ إِذَا تَلَاهَا
٣. وَالنَّهَارِ إِذَا جَلَّاهَا
٤. وَاللَّيْلِ إِذَا يَغْشَاهَا
٥. وَالسَّمَاء وَمَا بَنَاهَا
٦. وَالْأَرْضِ وَمَا طَحَاهَا
٧. وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا
٨. فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا
٩. قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا
١٠. وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا
١١. كَذَّبَتْ ثَـمُودُ بِطَغْوَاهَا
١٢. إِذِ انبَعَثَ أَشْقَاهَا
١٣. فَقَالَ لَهُمْ رَسُولُ اللهِ نَاقَةَ اللَّهِ وَسُقْيَاهَا
١٤. فَكَذَّبُوهُ فَعَقَرُوهَا فَدَمْدَمَ عَلَيْهِمْ رَبُّهُم بِذَنبِهِمْ فَسَوَّاهَا
١٥. وَلَا يَخَافُ عُقْبَاهَا


    1. Demi matahari dan cahayanya di pagi hari,
    2. dan bulan apabila mengiringinya,
    3. dan siang apabila menampakkannya,
    4. dan malam apabila menutupinya,
    5. dan langit serta pembinaan­nya,
    6. dan bumi serta penghamparannya,
    7. dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya),
    8. maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaan,
    9. sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,
    10. dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.
    11. (Kaum) Tsamud telah mendustakan (Rasulnya) karena mereka melampaui batas,
    12. ketika bangkit orang yang pating celaka di antara mereka,
    13. lalu Rasul Allah (Shalih) berkata kepada mereka; ” (Biarkanlah) unta betina Allah dan minumannya.”
    14. Lalu mereka mendusta­kannya dan menyembelih unta itu, maka Rabb mereka membinasakan mereka disebabkan dosa mereka, lalu Allah menyamaratakan mereka (dengan tanah)
    15. dan Allah tidak takut terhadap akibat-tindakan-Nya itu. (QS. Asy-Syams[91]: 1-15)
    Tafsir kita dikesempatan ini adalah Tafsir surat Asy-Syams (Matahari), yang mana isinya antara lain penjelasan tentang jiwa dan kisah singkat kaum Tsamud.



    Dari kumpulan Snada

    Indahnya janji Allah dari surah asy-syams...segalanya berputar mengikut paksi spt manusia mengikut prinsip yg benar dlm hidup...matahari, bulan ..semuanya mengikut perintah Allah...siapalah kita jika sombong tidak mengikut perintah & laranganNYA.


    Sumber :













                   

    Wednesday, May 8, 2013

    Koleksi Iklan Menyentuh Hati



    Assalamualaikum sahabat-sahabat Bila Kita Mula Bersuara.....

                   Iklan ialah satu cara untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan. Boleh juga bertujuan untuk mempromosikan syarikat yang terlibat. Kali ini, Bila Kita Mula Bersuara mengumpulkan Iklan Iklan Meyentuh Hati , terutama rakyat Malaysia. Dan iklan video mahupun iklan radio ini akan dipaparkan secara rawak dari segi waktu penerbitannya dan mesej yang disampaikan.

               . Tetapi, mengapa Iklan-Iklan di Malaysia yang menyentuh hati hanya diterbitkan di waktu-waktu tertentu seperti hari Raya dan Merdeka? Haa... perkara ini kita akan fikirkan...  Dan Iklan-Iklan menyentuh hati ini juga tidak terhad kepada Iklan berbentuk Video yang ditayangkan di kaca televisyen sahaja.. Malah Iklan yang didengarkan di stesen radio juga boleh diambil kira asalkan ianya dapat menyampaikan mesej yang tepat dan menyentuh hati..  sama saperti tajuk untuk entri ini...  

    Dan ini dia antara koleksi Iklan Radio mahupun Televisyen yang Menyentuh hati.....


    1. )Iklan Radio "Aiman Tak Kisah"




    2) Iklan Digi (raya) - " Akukan Abang"



    3) Iklan Petronas (Merdeka) "Sunat" 


    4) Iklan Proton 



    5) Iklan Milo "Hak Bermain Hak Kami"



    6) Iklan Raya TM 



    7) Iklan Petronas (merdeka) "sunat"




    8) Iklan petronas Merdeka 2010 "kereta buruk"



    9) Iklan minyak wangi " Fantasia & sweet heart"



                    
    10) Iklan Petronas Merdeka 2009





               Antara iklan-iklan yang telah dikumpulkan ini kebanyakkannya menyentuh hati dengan cara penyampaian yang berbeza. Mesej yang disampaikan pula berbtnuk mesej tersurat mahupun mesej tersirat dan kita boleh menilai sendiri......  Mana satu Iklan Pilihan anda..?? Tepuk dada , tanya selera.....   




    Thursday, May 2, 2013

    Mata ke Hati - POMPA BENSIN (lirik)





    Kadang kala rasa datang dari mata..
    Tapi kadangkala tiba dari hati..
    Teka-teki mula bermian dimata
    Tapi maksud belum sampai dalam hati

    Jangan mudah terkeliru dengan semua permainan mata
    Jangan mudah rasa tahu kalau belum berdetik hati

    Tapi kadang kala datang dari mata..
    Cinta pula terus tiba dari hati...
     Pandangan kadangkala menipu mata
    kejujuran tulus pasti dari hati...

    Jangan mudah terkeliru dengan semua permaianan mata
    Jangan pula menepis apa yg berkata dari hati....

    Kadang kala rasa datang dari mata...
    Tapi kadangkala tiba dari hati...
    Teka-teki mula bermain dimata..
    Tapi maksud belum sampai dalam hati..

    Kalau ikutkan mata hati bisa binasa
    Kalau ikutkan hati mata pastikan buta
    Kalau ikutkan mata.. hati mula binasa
    Kalau ikutan hati mati sayu berduka

    jangan mudah terkeliru dengan semua permaianan mata
    Jangan mudah rasa tahu kalau belum berdetik hati

    tapi kadang kala datang dari mata..
    cinta pula terus tibadari hati...
     pandangan kadangkala menipu mata
    kejujuran tulus pasti dari hati...

    Single kedua dari kumpulan POMPA BENSIN memang saya sangat nantikan.... Selepas kejayaan lagu Jangan lupa namaku dari drama bersiri popular yang sangat menyayat hati...  Ramadhan Terakhir ...
    Kumpulan yang dianggotai oleh pemilik nama berbakat besar dalam dunia seni...  termasuklah Aqasha, AG COCO,  Azma Aizal Yusoof dan Nadia Aqilah...   Bijak menyembunyikan identiti masing-masing untuk tidak dikenali......


    harapan... kepada pembaca semua...
    baca dan hayati pengertian disebalik lirik  "Mata ke Hati" ini..
    Pandangan Mata selalu menipu..
    Pandangan akal selalu tersalah..
    Pandangan nafsu , selalu melulu..
    Pandangan hati itu yang hakiki...
    kalau hati itu bersih...







    Wednesday, May 1, 2013

    Fatwa Pujangga - S Effedy , Arai Sang pemimpi , Wan Aishah Wan Arifin

    Fatwa Pujangga

    Tapi sayang...  sayang sayang...
    Seribu kali sayang....
    Kemanakah risalahku...ku alamatkan...

    Telah ku terima suratmu yang lalu..
    penuh sanjungan kata merayu...
    syair dan pantun tersusun indah..
    bagaikan sabda fatwa pujangga.....

    kan ku simpan suratmu yang itu...
    bak pusaka yang sangat bermutu..
    walau kita tak lagi bersua sayang..
    cukup sudah tandamu setia....

    tapi sayang.. sayang sayang..
    seribu kali sayang..
    kemanakah risalah ku alamatkan....

    terimalah jawapanku ini..
    hanyalah doa restu Ilahi..
    mogalah dik..... kau ta putus asa sayang
    pasti kelak kitakan berjumpa







                Fatwa Pujangga.. merupakan sebuah lagu lama...  yang konklusinya kita boleh katakan sebuah karya agung... Lagu Fatwa pujangga telah dinyanyikan oleh ramai artis...  tetapi hasil penyumbang suara pertama bagi karya ini ialah Allahyarham S Effedi , beliau juga merupakan pencipta lagu ini..  untuk lebih info mengenai biodata pemilik nama Allahyarham S Effendy  ini...  jangan lupe Klik S Effendi .

            Apa yang membuatkan saya begitu tertarik dengan lagu Fatwa Pujangga ialah lagu ini ada kisahnya tersendiri. Apa yang kita bayangkan semestinya sangat berbeza dengan makna sebenar lagu ini. Penulis mengisahkan akan kasih sayang abang terhadap si adik yang merupakan pejuang minangkabau ..terpisah... bertahun tahun tidak dijumpanya...jauh si adik merantau..  satu cara untuk penulis berhubung ialah melalui lagu-lagu beliau. Maka terhasillah Fatwa Pujangga.... Apa yang pasti... puitisnya lagu ini sehingga ada yang menginterpretasikan lagu ini sebagai lagu putus cinta dan lagu si sang kecewa.

            Interpretasi lagu ini dari sudut lain juga boleh kita dengar melalui Nyanyian Arai dalam filem Sang Pemimpi (sambungan filem hebat Indonesia Laskar Pelangi) dimana pengarah filem ini telah mencipta watak Arai yang menyanyikan lagu Fatwa Pujangga ini untuk kekasih hatinya Zakiah Nurmala.  Rayuannya sangat berkesan bagi saya dengan hanya berteman gitar kapok hasil nasihat dari satu lagi watak sampingan yang berkesan.. "bang Zaitun". Cara memikat siteruna kepada sidara yang cukup "gentle man" memberi inspirasi kepada sang pencinta.




              Penyanyi hebat dari Malaya juga sememangnya memberi impak yang cukup hebat. Pemilik nama Wan Aishah Binti Wan Arifin atau Aishah yang cukup popular dengan lagu Janji Manismu dan Melukut Ditepi Gantang turut menyanyikan lagu Fatwa Pujangga dengan caranya tersendiri. Walaupun asalnya lagu Fatwa Pujangga ini dari seberang, ianya cukup dekat dengan kita peminat lagu Melayu Tradisional. Kini Allahyarham S Effendy kita boleh gelarkan beliau sebagai lagenda pelopor lagu lagu Jiwa Melayu setaraf dengan Allahyarhan Tan Sri P Ramli.


    Rendy Ahmad melakonkan watak Arai dalam filem sang pemimpi