maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaan,
sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.
(Kaum) Tsamud telah mendustakan (Rasulnya) karena mereka melampaui batas,
ketika bangkit orang yang pating celaka di antara mereka,
lalu Rasul Allah (Shalih) berkata kepada mereka; ” (Biarkanlah) unta betina Allah dan minumannya.”
Lalu mereka mendustakannya dan menyembelih unta itu, maka Rabb mereka membinasakan mereka disebabkan dosa mereka, lalu Allah menyamaratakan mereka (dengan tanah)
dan Allah tidak takut terhadap akibat-tindakan-Nya itu. (QS. Asy-Syams[91]: 1-15)
Tafsir kita dikesempatan ini adalah Tafsir surat Asy-Syams (Matahari), yang mana isinya antara lain penjelasan tentang jiwa dan kisah singkat kaum Tsamud.
Dari kumpulan Snada
Indahnya janji Allah dari surah asy-syams...segalanya berputar mengikut paksi spt manusia mengikut prinsip yg benar dlm hidup...matahari, bulan ..semuanya mengikut perintah Allah...siapalah kita jika sombong tidak mengikut perintah & laranganNYA.
Assalamualaikum sahabat-sahabat Bila Kita Mula Bersuara.....
Iklan ialah satu cara untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan. Boleh juga bertujuan untuk mempromosikan syarikat yang terlibat. Kali ini, Bila Kita Mula Bersuara mengumpulkan Iklan Iklan Meyentuh Hati , terutama rakyat Malaysia. Dan iklan video mahupun iklan radio ini akan dipaparkan secara rawak dari segi waktu penerbitannya dan mesej yang disampaikan.
. Tetapi, mengapa Iklan-Iklan di Malaysia yang menyentuh hati hanya diterbitkan di waktu-waktu tertentu seperti hari Raya dan Merdeka? Haa... perkara ini kita akan fikirkan... Dan Iklan-Iklan menyentuh hati ini juga tidak terhad kepada Iklan berbentuk Video yang ditayangkan di kaca televisyen sahaja.. Malah Iklan yang didengarkan di stesen radio juga boleh diambil kira asalkan ianya dapat menyampaikan mesej yang tepat dan menyentuh hati.. sama saperti tajuk untuk entri ini...
Dan ini dia antara koleksi Iklan Radio mahupun Televisyen yang Menyentuh hati.....
1. )Iklan Radio "Aiman Tak Kisah"
2) Iklan Digi (raya) - " Akukan Abang"
3) Iklan Petronas (Merdeka) "Sunat"
4) Iklan Proton
5) Iklan Milo "Hak Bermain Hak Kami"
6) Iklan Raya TM
7) Iklan Petronas (merdeka) "sunat"
8) Iklan petronas Merdeka 2010 "kereta buruk"
9) Iklan minyak wangi " Fantasia & sweet heart"
10) Iklan Petronas Merdeka 2009
Antara iklan-iklan yang telah dikumpulkan ini kebanyakkannya menyentuh hati dengan cara penyampaian yang berbeza. Mesej yang disampaikan pula berbtnuk mesej tersurat mahupun mesej tersirat dan kita boleh menilai sendiri...... Mana satu Iklan Pilihan anda..?? Tepuk dada , tanya selera.....
Jangan mudah terkeliru dengan semua permainan mata
Jangan mudah rasa tahu kalau belum berdetik hati
Tapi kadang kala datang dari mata..
Cinta pula terus tiba dari hati...
Pandangan kadangkala menipu mata
kejujuran tulus pasti dari hati...
Jangan mudah terkeliru dengan semua permaianan mata
Jangan pula menepis apa yg berkata dari hati....
Kadang kala rasa datang dari mata...
Tapi kadangkala tiba dari hati...
Teka-teki mula bermain dimata..
Tapi maksud belum sampai dalam hati..
Kalau ikutkan mata hati bisa binasa
Kalau ikutkan hati mata pastikan buta
Kalau ikutkan mata.. hati mula binasa
Kalau ikutan hati mati sayu berduka
jangan mudah terkeliru dengan semua permaianan mata
Jangan mudah rasa tahu kalau belum berdetik hati
tapi kadang kala datang dari mata.. cinta pula terus tibadari hati... pandangan kadangkala menipu mata kejujuran tulus pasti dari hati...
Single kedua dari kumpulan POMPA BENSIN memang saya sangat nantikan.... Selepas kejayaan lagu Jangan lupa namaku dari drama bersiri popular yang sangat menyayat hati... Ramadhan Terakhir ...
Kumpulan yang dianggotai oleh pemilik nama berbakat besar dalam dunia seni... termasuklah Aqasha, AG COCO, Azma Aizal Yusoof dan Nadia Aqilah... Bijak menyembunyikan identiti masing-masing untuk tidak dikenali......
harapan... kepada pembaca semua...
baca dan hayati pengertian disebalik lirik "Mata ke Hati" ini..
Fatwa Pujangga.. merupakan sebuah lagu lama... yang konklusinya kita boleh katakan sebuah karya agung... Lagu Fatwa pujangga telah dinyanyikan oleh ramai artis... tetapi hasil penyumbang suara pertama bagi karya ini ialah Allahyarham S Effedi , beliau juga merupakan pencipta lagu ini.. untuk lebih info mengenai biodata pemilik nama Allahyarham S Effendy ini... jangan lupe Klik S Effendi .
Apa yang membuatkan saya begitu tertarik dengan lagu Fatwa Pujangga ialah lagu ini ada kisahnya tersendiri. Apa yang kita bayangkan semestinya sangat berbeza dengan makna sebenar lagu ini. Penulis mengisahkan akan kasih sayang abang terhadap si adik yang merupakan pejuang minangkabau ..terpisah... bertahun tahun tidak dijumpanya...jauh si adik merantau.. satu cara untuk penulis berhubung ialah melalui lagu-lagu beliau. Maka terhasillah Fatwa Pujangga.... Apa yang pasti... puitisnya lagu ini sehingga ada yang menginterpretasikan lagu ini sebagai lagu putus cinta dan lagu si sang kecewa.
Interpretasi lagu ini dari sudut lain juga boleh kita dengar melalui Nyanyian Arai dalam filem Sang Pemimpi (sambungan filem hebat Indonesia Laskar Pelangi) dimana pengarah filem ini telah mencipta watak Arai yang menyanyikan lagu Fatwa Pujangga ini untuk kekasih hatinya Zakiah Nurmala. Rayuannya sangat berkesan bagi saya dengan hanya berteman gitar kapok hasil nasihat dari satu lagi watak sampingan yang berkesan.. "bang Zaitun". Cara memikat siteruna kepada sidara yang cukup "gentle man" memberi inspirasi kepada sang pencinta.
Penyanyi hebat dari Malaya juga sememangnya memberi impak yang cukup hebat. Pemilik nama Wan Aishah Binti Wan Arifin atau Aishah yang cukup popular dengan lagu Janji Manismu dan Melukut Ditepi Gantang turut menyanyikan lagu Fatwa Pujangga dengan caranya tersendiri. Walaupun asalnya lagu Fatwa Pujangga ini dari seberang, ianya cukup dekat dengan kita peminat lagu Melayu Tradisional. Kini Allahyarham S Effendy kita boleh gelarkan beliau sebagai lagenda pelopor lagu lagu Jiwa Melayu setaraf dengan Allahyarhan Tan Sri P Ramli.
Rendy Ahmad melakonkan watak Arai dalam filem sang pemimpi
Mari kita
bercerita tentang tarian Zapin .. Mari kita kupas perbezaan antara Tarian
Zapin dengan tarian-tarian tradisional Melayu lain dinusantara ini..... Zapin
berkembang luas dinusantara Melayu.. dari Malaysia dan
Indonesia dan telah berkembang hingga ke selatan Filipina (pulau
mindanao).termasuk negeri negeri lain di tanah melayu termasuk
Pahang. Akan tetapi negeri Johor adalah salah sebuah negeri yang giat
mempopularkan tarian zapin ini hingga ia menjadi Indentiti Negeri Johor itu
sendiri… Di Negeri Johor sahaja telah dikenalpasti terdapat 15 jenis
tarian zapin yang asalnya dari dareah-daerah dinegeri Johor termasuklah “Zapin
Padang Sari” dari daerah Batu Pahat, “Zapin Putar Alam” dari Muar dan lain lain
Muzik dan Instrumen .....
Setiap tarian dibantu oleh alunan muzik yang indah
yang pastinya perlu disesuaikan dengan setiap langkah tari. Muzik yang dialun
sudah pasti ada pelbagai instrumen yang semestinya harus berindentitikan
tradisional itu sendiri untuk memainkan lagu-lagu Zapin.
Alat gendang… Rentak zapin dikuasi maruas dan dok. Irama
itu dipercantikkan lagi dengan accordian, viola dan gambus …
Bagi tarian asli ,inang dan joget pula rentaknya dialun oleh pukulan
rebana dan gendang…
Ramai beranggapan bahawa muzik Zapin adalah
dengan muzik ghazal, tetapi hakikatnya muzik Zapin dan Ghazal sebenarnya
berbeza.. Tanggapan harus dibetulkan ... Muzik Zapin sebenarnya berasal
dari Arab dan Muzik Ghazal dari India berdasarkan Instrumen dan
elemen-elemen dalam muzik setiap lagu zapin dan ghazal....
Diantara lagu-lagu zapin yg klasik atau terawal .. ialah
.. “Anak Ayam” ,“awal Bismillah” ,“abang Saleh Sayang” ,“Ya Salam” dan
“lancang kuning” , “hari ribut” …
-nota tambahan- (Muzik Melayu yang sebenarnya adalah
berirama "Melayu asli". Antara lagu lagu diperturunkan sejak zaman
berzaman dan masih terkenal hingga kehari ini.... ialah “Makan Sirih” ,
“Patah Hati” ,dan “Siti Payung” . Karya ini ada yang digubah kepada Melayu Deli
(Indonesia) dan Ghazal . )
Pakaian/Busana ........
Zapin ditarikan oleh mansyarakat kampung .. Oleh sebab itu
busananya lebih menjurus kearah baju kurung dan baju melayu
(bersongkok,berkain dagang). Berbeza dengan tarian melayu lain
seperti Tarian Asli, Inang dan Joget yang sebenarnya ditarikan
dalam kelompok bangsawan atau istana .. Oleh itu, busananya lebih kepada
Kebaya atau baju Srikandi untuk penari perempuan dan baju pahlawan
bagi lelaki.... Baju dipengaruhi oleh status atau kasta
(bangsawan dengan rakyat biasa). Lihat sahaja filem-filem melayu lama seperti
filem P.ramli seperti Filem Musang Berjanggut, sudah pasti anda akan dapat membezakannya ...
Zapin Tenglu ... pastas.. agresif.. dan Menghiburkan
Apabila Tarian Tradisional ini DITARIKAN. Tarian
Asli , Inang dan Joget biasanya ditarikan berpasangan iaitu lelaki dan
perempuan, manakala ada sedikit perbezaan untuk tarian Zapin. Tarian Zapin
boleh ditarikan berpasangan Lelaki dan Perempuan. Boleh juga ditarikan oleh
sekumpulan Penari lelaki sahaja.... boleh pula ditarikan oleh sekumpulan
Perempuan sahaja tanpa mengira umur ...Gerak tari… tarian Zapin merupakan
tarian yang pantas dan agresif .. manakala tarian Asli , Inang
dan Joget pula adalah lebih lembut dan tidak agresif walaupun kadangkala tarian
Joget juga ditarikan dengan pantas.... ( Nota tambahan - Kalau
anda semua ingin belajar menari tarian tradisional Melayu.. disarankan ..
mulakan dengan tarian Inang , dan Asli dahulu) Ditarikan
diatas tikar atau atas pelantar.....
Beza...? -dan sedikit nota tambahan-
Beza dari segi
ragam dan langkah…Setiap tarian mempunyai ragam dan langkah yang
pelbagai.. Setiap langkah tari zapin tiada maksud tapi tarian lain ade maknanya
yang tersendiri.. Tarian Asli dan Inang pula mempunyai etika yang
harus di tepati dengan dan dimulakan dengan "tari bunga sembah" dan
"bunga sudi "..Manakala bagi tarian Zapin ianya dimulakan
dengan taksim masuk yang diiringi dengan bunyi petikan gambus …
Dari segi pergerakan zapin
mempunyai ragam yang berpusing pergi dan balik manakala Inang, joget
dan asli , pergeraknannya kehadapan dan kesisi tidak boleh membelakangkan
tetamu..
Kenapa pergerakan
zapin begitu… kebiasaanya tarian Zapin ditarikan atau lebih tepat
mengikut istilah Johor sebagai “dimainkan” kerana dimainkan didalam
gelanggang atau dihalaman rumah. Perlakuan tersebut untuk memastikan para
penonton yg berada disekeliling dapat melihat permainan tersebut…
Apabila disebut bermain zapin para penari akan mempamirkan
kehebatan masing-masing . kadangkala siapa yang terhebat akan diberi
hadiah seperti duit, bunga, ataupun cenderamta oleh penonton . Pemenang
akan “sauk” hadiah dan duit.
(Nota tambahan - Orang melayu
dahulu Menggelar tarian Joget sebagai bertandak bayangkan dialog oleh orang
dulu-dulu ... mesti macam ni bunyinya... “ Osman..yuh kita bertandak”
..tetapi istilah itu telah bertukar setelah kedatangan penjajah seperti
Portugis , Belanda dan British) Zapin pula dahulu
disebut "bermain" bukan "menari"...Hal ini kerana
..apabila disebut "Bermain Zapin" para penari akan mempamirkan
kehebatan masing-masing . kadangkala siapa yang terhebat akan diberi hadiah
seperti duit, bunga ataupun cenderamta oleh penonton . Pemenang akan
“sauk” hadiah dan duit.
Warisan Melayu semakin dilupakan apabila teknologi mengambil alih setiap urusan termasuk dari bidang komunikasi , pembuatan , dan sebagainya termasuklah Muzik. Apabila bercerita tentang Gendang Silat Melayu .. kita pastinya terbayangkan Filem Malayu Klasik seperti filem "Musang Berjanggut" yang menggunakan Gendang Silat Melayu sebagai latar Muzik untuk Filem itu.
(Tak caye tonton balik tau.... hahaha )
Baiklah... untuk menjadikan harmoninya sesebuah lagu utk Silat Melayu.. pastinya mesti ada alat muzik (Instrumen) asas yang wajib kita ketahui... antaranya ialah :
1. Serunai
2. Gendang
3. Gong
Setiap satu dari alat muzik tersebut memainkan peranan penting dalam mencipta harmoni lagu yang dimainkan.Bukan sahaja lagu tradional Silat Melayu sahaja.... Malah kreativnya manusia diberi akal untuk membuat kelainan dengan memainkan lagu moden dan lagu hindi dalam setiap harmoni kumpulan Gendang Melayu.....
Gendang Silat Melayu - Ayam Den Lopeh
Pada tarikh 18/12/12 saya berkunjung ke Negeri Perak untuk satu majlis WalimatulUrus , dan saya berpeluang menyaksikan persembahan Gendang Silat Melayu dengan lebih dekat.. Kagumnya saya terhadap pelapis baru (anak muda) yang bermain instrumen Gendang Silat Melayu... Ini dia... dua Video yang sempat saya rakam.. dan saya kongsikan kepada semua.. untuk tatapan umum...