Wednesday, May 1, 2013

Fatwa Pujangga - S Effedy , Arai Sang pemimpi , Wan Aishah Wan Arifin

Fatwa Pujangga

Tapi sayang...  sayang sayang...
Seribu kali sayang....
Kemanakah risalahku...ku alamatkan...

Telah ku terima suratmu yang lalu..
penuh sanjungan kata merayu...
syair dan pantun tersusun indah..
bagaikan sabda fatwa pujangga.....

kan ku simpan suratmu yang itu...
bak pusaka yang sangat bermutu..
walau kita tak lagi bersua sayang..
cukup sudah tandamu setia....

tapi sayang.. sayang sayang..
seribu kali sayang..
kemanakah risalah ku alamatkan....

terimalah jawapanku ini..
hanyalah doa restu Ilahi..
mogalah dik..... kau ta putus asa sayang
pasti kelak kitakan berjumpa







            Fatwa Pujangga.. merupakan sebuah lagu lama...  yang konklusinya kita boleh katakan sebuah karya agung... Lagu Fatwa pujangga telah dinyanyikan oleh ramai artis...  tetapi hasil penyumbang suara pertama bagi karya ini ialah Allahyarham S Effedi , beliau juga merupakan pencipta lagu ini..  untuk lebih info mengenai biodata pemilik nama Allahyarham S Effendy  ini...  jangan lupe Klik S Effendi .

        Apa yang membuatkan saya begitu tertarik dengan lagu Fatwa Pujangga ialah lagu ini ada kisahnya tersendiri. Apa yang kita bayangkan semestinya sangat berbeza dengan makna sebenar lagu ini. Penulis mengisahkan akan kasih sayang abang terhadap si adik yang merupakan pejuang minangkabau ..terpisah... bertahun tahun tidak dijumpanya...jauh si adik merantau..  satu cara untuk penulis berhubung ialah melalui lagu-lagu beliau. Maka terhasillah Fatwa Pujangga.... Apa yang pasti... puitisnya lagu ini sehingga ada yang menginterpretasikan lagu ini sebagai lagu putus cinta dan lagu si sang kecewa.

        Interpretasi lagu ini dari sudut lain juga boleh kita dengar melalui Nyanyian Arai dalam filem Sang Pemimpi (sambungan filem hebat Indonesia Laskar Pelangi) dimana pengarah filem ini telah mencipta watak Arai yang menyanyikan lagu Fatwa Pujangga ini untuk kekasih hatinya Zakiah Nurmala.  Rayuannya sangat berkesan bagi saya dengan hanya berteman gitar kapok hasil nasihat dari satu lagi watak sampingan yang berkesan.. "bang Zaitun". Cara memikat siteruna kepada sidara yang cukup "gentle man" memberi inspirasi kepada sang pencinta.




          Penyanyi hebat dari Malaya juga sememangnya memberi impak yang cukup hebat. Pemilik nama Wan Aishah Binti Wan Arifin atau Aishah yang cukup popular dengan lagu Janji Manismu dan Melukut Ditepi Gantang turut menyanyikan lagu Fatwa Pujangga dengan caranya tersendiri. Walaupun asalnya lagu Fatwa Pujangga ini dari seberang, ianya cukup dekat dengan kita peminat lagu Melayu Tradisional. Kini Allahyarham S Effendy kita boleh gelarkan beliau sebagai lagenda pelopor lagu lagu Jiwa Melayu setaraf dengan Allahyarhan Tan Sri P Ramli.


Rendy Ahmad melakonkan watak Arai dalam filem sang pemimpi


          
         

Tuesday, February 12, 2013

Ada apa dengan Zapin ..? Tarian Tradisional lain macam mana ..?






                  Mari kita bercerita tentang tarian Zapin ..  Mari kita kupas perbezaan antara Tarian Zapin dengan tarian-tarian tradisional Melayu lain dinusantara ini..... Zapin berkembang luas dinusantara Melayu..  dari  Malaysia dan Indonesia dan telah berkembang  hingga ke selatan Filipina (pulau mindanao).termasuk negeri negeri lain di tanah melayu termasuk Pahang. Akan tetapi negeri Johor adalah salah sebuah negeri yang giat mempopularkan tarian zapin ini hingga ia menjadi Indentiti Negeri Johor itu sendiri… Di Negeri Johor sahaja telah dikenalpasti terdapat 15 jenis  tarian zapin yang asalnya dari dareah-daerah dinegeri Johor termasuklah  “Zapin Padang Sari” dari daerah Batu Pahat, “Zapin Putar Alam” dari Muar dan lain lain

                                                     
                                           Muzik dan Instrumen .....
               
                 Setiap tarian dibantu oleh alunan muzik yang indah yang pastinya perlu disesuaikan dengan setiap langkah tari. Muzik yang dialun sudah pasti ada pelbagai instrumen yang semestinya harus berindentitikan tradisional itu sendiri untuk memainkan lagu-lagu Zapin.
              
              Alat gendang…  Rentak zapin dikuasi maruas dan dok. Irama itu dipercantikkan lagi dengan accordian, viola  dan gambus  …  Bagi tarian asli ,inang dan joget pula rentaknya dialun oleh  pukulan rebana dan gendang…
                                   
                Ramai beranggapan bahawa  muzik Zapin adalah  dengan muzik ghazal, tetapi hakikatnya muzik Zapin dan Ghazal sebenarnya berbeza.. Tanggapan harus dibetulkan ... Muzik Zapin sebenarnya berasal  dari Arab dan Muzik Ghazal dari India berdasarkan Instrumen dan elemen-elemen dalam muzik setiap lagu zapin dan ghazal....  

             Diantara lagu-lagu zapin yg klasik atau terawal ..  ialah ..  “Anak Ayam” ,“awal Bismillah” ,“abang Saleh Sayang” ,“Ya Salam” dan “lancang kuning” , “hari ribut” … 
       -nota tambahan- (Muzik Melayu yang sebenarnya adalah berirama "Melayu asli". Antara lagu lagu diperturunkan sejak zaman berzaman dan masih terkenal hingga kehari ini....  ialah “Makan Sirih” , “Patah Hati” ,dan “Siti Payung” . Karya ini ada yang digubah kepada Melayu Deli (Indonesia)  dan Ghazal . )

    
                               Pakaian/Busana ........





                        Zapin ditarikan oleh mansyarakat kampung ..  Oleh sebab itu busananya  lebih menjurus kearah baju kurung  dan baju melayu (bersongkok,berkain dagang).   Berbeza dengan tarian melayu lain seperti Tarian  Asli, Inang dan Joget yang sebenarnya ditarikan dalam kelompok bangsawan atau istana ..  Oleh itu, busananya lebih kepada Kebaya atau baju Srikandi untuk penari perempuan  dan baju pahlawan bagi lelaki....    Baju dipengaruhi oleh status atau kasta (bangsawan dengan rakyat biasa). Lihat sahaja filem-filem melayu lama seperti filem P.ramli seperti Filem Musang Berjanggut, sudah pasti anda akan dapat membezakannya ...


  
                                   Zapin Tenglu ...  pastas.. agresif.. dan Menghiburkan

                              Apabila Tarian Tradisional ini DITARIKAN.

                  Tarian    Asli , Inang dan Joget biasanya ditarikan berpasangan iaitu lelaki dan perempuan, manakala ada sedikit perbezaan untuk tarian Zapin. Tarian Zapin boleh ditarikan berpasangan Lelaki dan Perempuan. Boleh juga ditarikan oleh sekumpulan Penari lelaki sahaja.... boleh pula ditarikan  oleh sekumpulan Perempuan sahaja tanpa mengira umur ...Gerak tari…  tarian Zapin merupakan tarian yang  pantas dan agresif ..  manakala tarian Asli , Inang dan Joget pula adalah lebih lembut dan tidak agresif walaupun kadangkala tarian Joget juga ditarikan dengan pantas....   ( Nota tambahan - Kalau anda semua ingin belajar menari tarian tradisional Melayu..  disarankan .. mulakan dengan tarian Inang , dan Asli dahulu)     Ditarikan diatas tikar atau atas pelantar.....  
     

                         Beza...? -dan sedikit nota tambahan-

             
                           Beza dari segi  ragam dan langkah…Setiap tarian mempunyai ragam dan langkah  yang pelbagai..  Setiap langkah tari zapin tiada maksud tapi tarian lain ade maknanya yang tersendiri.. Tarian Asli dan Inang pula  mempunyai etika yang harus di tepati dengan dan dimulakan dengan "tari bunga sembah" dan "bunga sudi "..Manakala bagi tarian Zapin  ianya dimulakan dengan taksim masuk yang diiringi dengan bunyi petikan gambus …    

   
                Dari segi pergerakan zapin mempunyai ragam yang berpusing pergi dan balik manakala Inang, joget dan asli , pergeraknannya kehadapan dan kesisi tidak boleh membelakangkan tetamu.. 
   

             Kenapa pergerakan zapin begitu…  kebiasaanya tarian  Zapin ditarikan atau lebih tepat mengikut istilah Johor  sebagai “dimainkan” kerana dimainkan didalam gelanggang atau dihalaman rumah. Perlakuan tersebut untuk memastikan para penonton yg berada disekeliling dapat melihat permainan tersebut…  


            Apabila disebut bermain zapin para penari akan mempamirkan kehebatan masing-masing . kadangkala siapa yang terhebat akan diberi hadiah seperti duit, bunga, ataupun cenderamta oleh penonton . Pemenang akan “sauk” hadiah dan duit.


           



 (Nota tambahan - Orang melayu dahulu Menggelar tarian Joget sebagai bertandak bayangkan dialog oleh orang dulu-dulu  ... mesti macam ni bunyinya... “ Osman..yuh kita bertandak” ..tetapi istilah itu telah bertukar setelah kedatangan penjajah seperti Portugis , Belanda dan British)   Zapin pula dahulu disebut "bermain" bukan "menari"...Hal ini kerana ..apabila disebut "Bermain Zapin" para penari akan mempamirkan kehebatan masing-masing . kadangkala siapa yang terhebat akan diberi hadiah seperti duit, bunga ataupun cenderamta oleh penonton . Pemenang akan “sauk” hadiah dan duit.

Tuesday, January 15, 2013

Gendang Silat Melayu

Warisan Melayu semakin dilupakan apabila teknologi mengambil alih setiap urusan termasuk dari bidang  komunikasi , pembuatan , dan sebagainya termasuklah Muzik. Apabila bercerita tentang Gendang Silat Melayu ..  kita pastinya terbayangkan Filem Malayu Klasik seperti filem "Musang Berjanggut" yang menggunakan Gendang Silat Melayu sebagai latar Muzik untuk Filem itu.
 (Tak caye tonton balik tau.... hahaha  )

Baiklah...  untuk menjadikan harmoninya sesebuah lagu utk Silat Melayu..  pastinya mesti ada alat muzik (Instrumen) asas yang wajib kita ketahui...  antaranya ialah :

1. Serunai
2. Gendang
3. Gong

Setiap satu dari alat muzik tersebut memainkan peranan penting dalam mencipta harmoni lagu yang dimainkan.Bukan sahaja lagu tradional Silat Melayu sahaja....  Malah kreativnya manusia diberi akal untuk membuat kelainan dengan memainkan lagu moden dan lagu hindi dalam setiap harmoni kumpulan Gendang Melayu.....

Gendang Silat Melayu - Ayam Den Lopeh   


Pada tarikh 18/12/12 saya berkunjung ke Negeri Perak untuk satu majlis WalimatulUrus , dan saya berpeluang menyaksikan persembahan Gendang Silat Melayu dengan lebih dekat.. Kagumnya saya terhadap  pelapis baru (anak muda) yang bermain instrumen Gendang Silat Melayu...  Ini dia...  dua Video yang sempat saya rakam..  dan saya kongsikan kepada semua.. untuk tatapan umum...


Wednesday, November 21, 2012

Power Rangers? Sentai..?


         Power rangers... pastinya kita terbayang mengenai skuad pasukan penyelamat yang beraneka warna menyelamatkan dunia...  pastinya,masa kita di zaman kanak-kanak kita ...  pernah berangan untuk menjadi "POWER RANGERS" dan memiliki robotnya yang boleh bergabung ... hehehe

    Ok la kita kongsikan apa yang KLISE tentang POWER RANGERS....


  1. Sebelum dan selepas bertukar pastinya diselitkan dengan koreograf ringkas.... kalo tak percaya..  tonton balik...(kadang-kadang tak ringkas pun...  amek masa sampai seminit pon ada) kalau tak percaya tontonla kat youtube  ... hehehehe
  2. kalo anda perasan ...   yang jadik power rangers PINK mesti yg cun-cun je.. yang  caantik-cantik je....
  3. klise bagi Power Rangers Versi Jepun...  mereka siap perkenalkan diri lagi....  lepas semua perkenalkan diri..  pasti ada kesan khas meletup dekat belakang mereka...  huhuhuhu 
  4. Apabila tembakan atau letupan berlaku..  pasti  lompatan tinggi berlaku...  Konon-kononnya mereka terpelanting... hahahaha
  5. warna merah mesti jadik ketua...  macmam warna lain tak layak pulak...  adoii  ~(@@)~
  6. Power Rangers berwarna warni....


dan sebagai info bersama..  Power Rangers pertama merupakan Power Rangers dari jepun yang dikenali sebagai Super Sentai.

                                Dan kini saya share video dimana cara bertukar semua Power Rangers Versi Jepun....  ahakssss  




anda tonton... anda nilai...  


dan saya share jugak antara pasukan Power Rangers Paling Popular Didunia...  ^__^


Mighty Morphin Power Rangers



Power Rangers Mighty Morphin saya kelaskan sebagai Power Rangers paling popular didunia...  sehinggakan Filem Power Rangers The Movie pernah diterbitkan pada tahun 1995....  dan ketika itu...  Rangers warna putih diperkenalkan..Lagu tema bagi kumpulan Super Hero ini juga sangat popular didunia...  


















Tuesday, November 20, 2012

Realiti Gaza -19 NOV 2012-




Ini Ialah Realliti Sebenar...
Islam ialah Ganas..?
Umat Islam ialah Pengganas..?
ALLAHUAKHBAR!!
ALLAH MAHA BESAR....


Doa binasakan tentera yahudi laknatullah..

اَللَّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُودِ

- Ustaz Azhar Idrus -


 If you despise them so much why don't you share this and let ALLAH done what the best to him about them instead of posting all those protest things that have unclear argument/fact.
My friedns - Anwar Syafie Abdullah





DeaLOVA - sisi berbeza dealova



aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu...
aku ingin menjadi sesuatu yang slalu bisa kau sentuh....
karena langkah merapu tanpa dirimu..
karena hati tlah letih...

aku ingin menjadi sesuatu yg mungkin bisa kau sentuh..
aku ingin kau tau bahwaku selalu memujamu...
tanpamu... sepinya waktu merantai hati...
bayangmu seakan akan...

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yg memanggil rinduku padamu..
seperti udara yg ku hela... kau selalu ada...

kau selalu ada.. kau selalu ada..

hanya dirimu.. yg bisa membuatku tenang...
tanpa dirimu aku merasa hilang... dan sepi....
sepi...

PERNAH KAH LIRIK LAGU INI ANDA NILAI.. ANDA LIHAT DARI SUDUT PANDANG BERBEZA..????

Monday, November 19, 2012

KFBS - Komuniti Facebook Segamat


Komuniti Facebook Segamat atau KFBS merupakan satu medium perantaraan maklumat  laman sosial "MUKA BUKU" bagi warga daerah segamat, Johor. Ahli group KFBS juga sehingga hari ini(20/11/12) mencecah 13735 ahli.Dengan ahli seramai ini sememangnya ada cabaran tersendiri. 

KFBS juga menyalurkan info paling cepat diSegamat atas kerjasama ahlinya.Tidak kira info tersebut merupakan info dalam segamat,luar segamat mahupun global ,semuanya boleh dikongsikan bersama.

Dan saya melahirkan penghargaan kepada tuan empunya KFBS dan barisan kepimpinannya kerana sehingga hari ini , berjaya mengawal ahlinya yang ramai dengan jayanya...  Walaupun sering dilanda kontroversi. Antara perkara yang boleh mendatangkan kontroversi ialah POST berbentuk IKLAN yang terlalu banyak sehingga post berbentuk INFO kurang. Atas kebijaksanaan barisan admin, satu lagi akaun muka buku diberi nama IKLAN KFBS telah dicipta.Dimana pengiklan perlu mengiklankan iklan mereka diruangan komen setiap POST  Iklan KFBS


Anda boleh megiklankan iklan anda disetiap post dari akaun Facebook  ini





Sedia maklum, KFBS ada undang-undangnya,yang perlu dipatuhi oleh setiap ahli ,antaranya :-
  1. No Politic
  2. No Sex
  3. No religion issue 
  4. Dan lain-lain
KFBS menghormati sensetiviti setiap ahli atas rasional seramai 13735 ahli,mereka merupakan ahli berbilang kaum, agama, umur dan jantina . 


Berikut merupakan petikan ruangan "description" di Facebook Group KFBS

  • ۩۞۩ஜஜ۩۞۩ஜஜ۩۞۩ஜஜ۩۞۩
    Aku tatang amanat Bendahara Tepok, aku simpul sumpah Malim Deman, aku titip kasih Puteri Santan Bert

    apis, aku dakap janji Tok Medoi, aku sulam jasa Tok Gubah, aku gengam taring si Tahang Rimau, berbekal semangat Pemuda, akan ku pasak di Tangga Batu, berdiri teguh di Tungku Tiga.....INI SERU JANJI SEGAMAT DIPERTAHANKAN....

    Sekitar yang Berlaku Di Daerah Segamat, Johor.

    Segamat merupakan sebuah daerah paling tua di negeri Johor yang kaya dengan sejarah silamnya lalu ianya digelar "Daerah Lagenda".

    Sejarah silam daerah Segamat sering dikaitkan dengan kehebatan kerajaan Malim Dewa yang kononnya pada suatu masa dahulu pernah wujud di satu kawasan luas merintangi Kuala Muar hinggalah ke hulu daerah Segamat. Menurut cerita orang tua-tua Putera kepada Raja Malim Dewa iaitu Raja Malim Deman pernah mencintai seorang Puteri yang bernama Puteri Santan Bertapis. Malangnya, Puteri yang digilakan oleh Malim Deman itu telah dibawa lari oleh seorang Putera dari kayangan. Kegagalan untuk mencari Puteri tersebut telah menyebabkan baginda membuat satu sumpahan iaitu selagi Puteri yang dicintainya itu tidak ditemuinya maka daerah Segamat akan dilanda banjir. Dengan demikian, daerah ini telah dikenali sebagai "Daerah Sumpahan Malim Deman". enclosure no parti , provokasi politik, agama, dan bangsa adalah dilarang tegah. kalau rasa nak join kerana nak glamer dan
    kelancangan mulut anda adalah disarankan "JANGAN JOIN"
    :::Since 18 April 2009 :::




    Saya sertakan LINK untuk terus ke KFBS. 
    Klik sini  ---> KOMUNITI FACEBOOK SEGAMAT (KFBS)

    saya sertaka juga LINK jika anda ingin menjadi rakan kepada IKLAN KFBS
    Klik sini ---> Iklan KFBS