Drug Free Youth Association & Clixter Mobile merupakan penganjur utama untuk program ini
UniKL Got Talent - Battle of the Band .. Telah membuka tirainya dengan dua hari saringan iaitu pada 7&8 April 2014 dan peringkat akhir pada 9 April 2014 bertempat di Universiti Kuala Lumpur MIIT -City Campus .Menobatkan kumpulan "The Moon" sebagai juara pertama "Unikl Got Talent - Battle of The Band" .
Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat muzik terpendam dalam kalangan warga UniKL. Telah dianjurkan oleh Clixter Mobile dan Drugs Free Youth Associationini disertai sebanyak 11 kumpulan muzik daripada UniKl MIIT, UniKL Business School, UniKL Mimet dan UniKL IPROM. Diuruskan oleh team Sea UniKL MIIT , ia dianggap satu kejayaan dalam kerjasama yang dijalin bersama Clixter Mobile dan Drugs Free Youth Association. Disini, kami sertakan gambar-gambar sepanjang "Unikl Got Talent - Battle of The Band" berlangsung...
Prof Mazliham turut hadir memberi sokongan
Radhi dan OAG
HWC turut hadir dan membuat persembahan
Crew
Shazet - BeatBox Artist yang membuat persembahan pembuka.
"The Moon" Juara UniKL Got Talent - Battle of the band 2014
24/2/2014 : ( Saya percaya , tika saya menulis tentang perkara ini, sudah pasti banyak kesalahan bahasa termasuklah dengan penggunaan penanda wacana disetiap baris ayat akan dipersoalkan...tetapi saya akan cuba yang terbaik .. hahaha)
Selesai sudah Siri Wacana Pemartabatan Bahasa Kebangsaan sebentar tadi di Muzium Istana Negara. Sesuatu yang sangat menarik yang dikongsikan oleh salah seorang Pakar Bahasa Melayu yang memartabatkan Bahasa Melayu... terima kasih kepada YBhg Prof Dato' Dr Teo Kok Seong ...
Sebelum itu, izinkan saya memperkenalkan siapakah gerangan yang bernama Teo Kok Seong ataupun YBhg Prof Dato' Dr. Teo Kok Seong... YBhg Prof Dato Dr. Teo Kok Seong merupakan Tokoh Bahasa dan Felo Utama, Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia. Anak jati kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini dinobatkan sebagai Tokoh Pemartabat Bahasa Melayu PeringkatWilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2012 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) sebagai menghargai ketokohannya dalam memperjuang dan mengangkat bahasa Melayu melalui pendekatan nasionalis dalam penulisan, pengajaran, dan ceramahnya di negara ini.
Siri Wanacana Pemartabatan Bahasa Kebangsaan telah berlangsung dengan jayanya dimulakan dengan ucapan dari Ketua Pengarah jabatan Muzium Negara Malaysia , YBhg. Dato' Ibrahim bin Ismail dan seusai sahaja ucapan dari beliau bermulalah acara utama iaitu Siri Wacana Pemartabatan Bahasa Kebangsaan dengan tema "Bahasa Asas Jati Diri Bangsa" .
Sepanjang sesi ceramah berlangsung , Prof Dato Dr. Teo Kok Seong telah menegaskan bahawa... .."Bahasa Melayu merupakan bahasa Rasmi negara" ..
.."Bahasa Melayu merupakan bahasa Kebangsaan kita"...
.."Bahasa Melayu melambangkan cinta rakyat kepada Negaranya"..
.."Bahasa Melayu sebagai alat pemersatu bangsa"...
.."Sejauh mana rakyat Malaysia menghormati Bahasa Melayu ditempat tertinggi?"..
Malah jika direnung satu dari kata-kata yang melucur keluar dari beliau ... "Bahasa Melayu merupakan satu-satunya bahasa di dunia yang tidak disanjungi dan tidak di hormati oleh rakyatnya" ... Secara peribadi, saya mengiakan pendapat beliau.....
Prof Dato' Dr Teo Kok Seong
Dan memetik kata-kata beliau yang saya kira paling diingati ...
" Walaupun Bahasa Melayu bukan bahasa ibunda saya, bukan bahasa etnik saya, namun saya bersungguh-sungguh ingin memartabatkan Bahasa Melayu yang merupakan Bahasa Kebangsaan kerana bahasa ini adalah bahasa negara saya." - Prof Dato' Dr Teo Kok Seong
Hal ini menunjukkan Bahasa Melayu telah diangkat sebagai bahasa yang mewakili rakyat Malaysia terutama dari segi etnik, wilayah dan sektor ... Tiada mengira kaum , tiada mengira tempat dan tiada mengira siapa yang menggunakan Bahasa Melayu ianya wajar dipandang tinggi sebermula ia diangkat dengan rasminya. Oleh itu, wajar bagi kita sebagai rakyat Malaysia memartabatkan Bahasa Melayu dengan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan sehari-harian.
Baru-baru ini , Masterpiece Sound Music Entertaiment berpeluang berkerjasama dengan Kumpulan yang memperkenalkan diri mereka dengan nama Seventh Musafir... dengan konsep lagu-lagu KeTuhanan berbentuk akustik, bagi saya secara peribadi , ia merupakan konsep yang senang diterima oleh pendengar dengan lagu dan lirik yang sungguh menarik... untuk entri ini, saya sertakan lirik dan sebuah video berlirik berjudul "Jom Ke Masjid" khas untuk pembaca-pembaca blog Bila Kita Mula Bersuara...
Assalamualaikum w.b.t. 7th Musafir sebelum ini dikenali sebagai Musafir Ilallah. Sebuah Musical Band yang membawa mesej ketuhanan dan zikrullah secara akustik unplugged melalui pendekatan Street Da'wah.
Semoga dengan karya yang terhasil, akan memberikan manfaat dan kebaikan kepada semua
Kumpulan 7th Musafir sebelum ini dikenali sebagai Musafir Ilallah mula ditubuhkan pada 2012.
Kami mengetengahkan lagu-lagu ketuhanan, nasihat dan zikir secara santai kepada semua lapisan masyarakat termasuk non Muslim.
Pendekatan da'wah secara jalanan atau STREET DA’WAH yang lebih dekat dengan khalayak ditampilkan melalui irama musik akustik santai diadun dengan melodi dan lirik yang mudah difahami, diterima dan diikuti.
Penekanan zikir-zikir harian dalam setiap lagu diutamakan untuk melazimkan satu budaya zikrullah pada setiap masa dan keaadaan. In Shaa Allah Album Pertama: Tajuk Album - Jom Ke Masjid Konsep Musik - Akustik Konsep Album - Street Da'wah Tarikh diterbitkan - Dalam Pembikinan Label - Loonaq Records
Dianggotai seramai 7 orang iaitu Ust Sofian, Zack, Atan Kecik, Emal, Lan Cina, Remy & A. Malek
Salah sebuah daerah yang paling tua di Negeri Johor... Tanah tumpah darah kami anak-anak jati Segamat.. membawa kami untuk menimbulkan persoalan... seperti pernyataan seorang sahabat dilaman sosial
"Keunikan daerah-daerah di Johor salah satunya mempunyai bendera tersendiri atau bendera pembesar.
Setelah sekian lama ia dipandang sepi, kini masyarakat umum teruja ingin mengetahuinya. Namun secara zahir kini ia diamanahkan kepada Pejabat Daerah untuk dikekalkan. Akan tetapi secara sejarhanya ia milik "PEMBESAR DAERAH" persoalannya siapakah pembesar daerah tersebut??
Siapakah "PEMBESAR DAERAH SEGAMAT"??? "
-
Epik Mitos daerah SEGAMAT
"Segamat mempunyai sebuah cerita mitos iaitu terdapat seekor naga besar yang tidur dibawah tanah di Kampung Berata sehingga Kampung Gemereh (~5KM~).Menurut cerita YM Drs.Ungku Zaman Mohd Tahir,punca daerah Segamat banjir kononnya berpunca dari Naga Besar yang bergerak dari tempat tidur asalnya yang menyebabkan Segamat mengalami banjir besar...."
disini.. suka kami nyatakan bahawa definisi Mitos ialah "satu kisah atau cerita yang melibatkan kepercayaan dari adat istiadat, kebudayaan , kepercayaan yang dianggap sebagai benar malah dijadikan panduan kepada pengikut , penduduk atau masyarakat yang telibat pada masa dahulu (masa lampau) ... dan kepercayaan tersebut juga ada sesetengahnya melibatkan "Dewa Dewi" , Binatang ajaib seperti "Naga" sehingga ada sesetengah perkara dijadikan rujukan masyarakat dalam gaya hidup mereka....
(kami akan terus mencari maklumat mengenai Pembesar dan Kebenaran Mitos bagi daerah Segamat)
Assalamualaikum semua sahabat Bila Kita Mula Bersuara
Filem ibu mertuaku arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee merupakan sebuah filem hitam putih yang diterbitkan sekitar tahun 1962. Posting ini , kami dedikasikan khas bagi mengenang jasa Allahyarham sebagai seorang anak seni yang pastinya tiada gantinya.
Filem ini mengisahkan seorang ahli muzik berkahwin dengan anak orang kaya yang kita boleh anggap darjat mejadi pilihan. Perkahwinan itu diputuskan oleh ibu mertuanya selepas tiga hari "sabariah" diberi peluang untuk memilih antara doktor dan ahli muzik. Bagaimana karier sorang ahli muzik dipersoal ketika itu menunjukkan darjat menjadi pilihan Nyonya Mansur. Pasangan pengantin baru ini dihalau keluar dari rumah sehingga si ibu sanggup memutuskan hubungan nya dengan anak sendiri.
Dimana nilai seorang ibu yang sepatutnya ada pada Nyonya Mansur..?? Apakah yang harus Kassim Selamat lakukan untuk meneruskan kehidupan? Sabariah pula... Adakah Sabariah benar-benar redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan untuk beliau..?
Penciptaan watak yang sememangnya memberi impak kepada sesiapa yang menonton filem ini.Dengan lagu " Jeritan Batinku" dan jangan tinggal daku umpama rencah dan rempah yang sangat sedap dalam sesebuah masakan dan ianya sebati dengan masakan tersebut. Filem sepanjang zaman dan tidak muak untuk kita tonton.
Tidak salah kiranya kita cuba huraikan pengajaran , nilai murni dan norma kehidupan dalam filem ini....
Perkahwinan itu sesuatu yang suci. Jangan disiakan. Isteri itu ialah amanah dan hadiah dari Allah SWT. Jangan kita siakannya...Bagaimana pula dengan restu dari kedua orang tua...? Pegajaran disini, Sabariah memilih untuk keluar dari kemewahan, semata-mata untuk bersama dengan orang yang dicintainya... Kasim Selamat. Kesetiaannya ada, tetapi telah dimanipulasi oleh ibunya sendiri, kerana tidak bersetuju dengan pilihan Sabariah. Babak ini dipertontonkan sesudah Sabariah melahirkan anak mereka , Nyonya Mansur sengaja tidak menjalankan amanah dari Sabariah yang mengutuskan surat kepada Kasim Selamat.Dan sengaja mengutuskan surat yang menyatakan Sabariah sudah mati ketika melahirkan anak mereka. Kesetiaan Sabariah juga tergugat dengan kahadiran Dr. Ismadi.
Sabda Rasullullah SAW dalam hadisnya bermaksud :
"takutlah kepada Allah , didalam memimpin isteri-isterimu , kerana sesungguhnya mereka adalag amanah yang ada disampungmu, barang siapa tidak memerintahkan suapaya isterinya mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepadanyta, maka khianat kepada Allah dan Rasul-Nya"
Kita boleh wujudkan persoalan ini....
...... Adakah Kasim Selamat benar-benar menjalankan tanggung jawapnya sebagai seorang suami?? ..... Adakah makan ,pakai nafkah zahirnya cukup untuk sabariah? ......Tidak berkerja sehingga duduk dirumah bawah rumah(kolong) dianggap sebagai menunaikan amanah ? ......fikir-fikirkan mana yang kurang dan muhasabah diri....
Cinta dan kasih sayang. Cinta dan kasih sayang Kassim selamat terhadap Sabariah telah menyebabkan kemudaratan keatas diri Kassim Selamat. Buta... Walaupun bukan pintanya, tetapi itu tetap terjadi... Buta matanya kerana mengetahui isterinya Sabariah meninggal dunia ketika melahirkan anak mereka di Singapura. Kesedihan ... Bagi Kasim Selamat, hidupnya sudah berakhir ...
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Maka ingatlah Aku nescaya Aku akan mengingatimu dan syukurilah atas nikmat-Ku dan janganlah sekali-kali kamu kufuri nikmat-Ku.” (Surah al-Baqarah, ayat 152).
Bersyukur kepada Allah SWT terdapat tiga tingkat iaitu :
Pertama : Syukur dengan lidah.
Kedua : Syukur dengan anggota .
Ketiga : Syukur dengan hati.
Huraiannya :
Pertama : Syukur dengan lidah.
Persoalan yang kita boleh timbulkan untuk cinta dan kasih sayang ini pula ialah...
...Cinta sesama manusia yang berlebihan diutamakan... Adakah Kasim Selamat menjalankan cinta ...kepada Allah , Cinta kepada Rasul Allah SAW ...? ...Adakah Kasim Selamat Bersyukur dengan anggota dengan sebelum buta , dicelikkan, dan buta sekali lagi..? ...Semoga filem ini memberi pengajaran kepada kita....
Belas kasihan dan simpati... Ada nilai yang kita sepatutnya kita contohi . Ibu kepada Combi merupakan insan yang membantu Kasim Selamat ketika Kasim Selamat tiada hala tuju. Membantu dengan ikhlas... diberinya makan dan tempat tidur , dan diangkatnya Kasim Selamat sebagai anak angkat selepas mengetahui kisah hidupnya sebagai Kasim Selamat yang diceritakan ketika Kalsum @ Combi dalam keadaan berduka atas pemergian suaminya. Dan pesanan untuk semua, memberi lebih baik dari menerima.... membantulah sebanyaknya dengan niat Ikhlas kerana Allah .
"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!" [Al-Zalzalah:7]
Persoalan yang boleh kita timbulkan.. Dimanakah keikhlasan Dr. Ismadi dan Sabariah membantu Kasim selamat dalam mengembalikan penglihatan kasim selamat..? Apakah bantuan yang diberikan benar-benar ikhlas..?
Menerima nasihat ... Babak ini diterjemahkan oleh watak Combi ... beliau mendengar nasihat dari Kassim Selamat( yang mahu dikenali sebagai Osman Zailani - menyembunyikan identiti) dan berfikir akan kesannya. Memang betul , tiada guna menangisi pemergian seseorang. Hidup perlu diteruskan.
Bersyukur dengan anugerah Allah SWT. Kesilapan yang harus ditebus ... Dr Ismadi telah melakukan pembedahan mata bagi membantu Kasim Selamat mendapatkan penglihatannya semula. Pada dasarnya, Sabariah telah menunjukkan yang beliau sememangnya tidak mengetahui akan kejadian sebenar diamana segala rahasia Nyonya Mansur telah berjaya memisahkan mereka. Sabariah juga berkecil hati apabila Kasim Selamat menyatakan isterinya sudah mati..... Tetapi niat untuk membantu memulihkan penglihatan kepada Kasim Selamat tetap diteruskan. Kasim Selamat mendapat semula penglihatannya. Tetapi adakah Kasim Selamat bersyukur dengan apa yang diterimanya..? fikir-fikirkan.. dan jadikan pengajaran....
Musibah atau ujian sewajarnya diberikan oleh Allah S.W.T kepada hamba-hambaNya untuk:
1. Meningkatkan darjat seseorang hamba disisiNya.
Sesungguhnya apabila seseorang hamba diberi musibah, sudah menjadi sunnatullah untuk hamba tersebut meminta bantuan dari Tuannya. Maka musibah yang datang mendekatkan kita dengan Allah.
2. Memberi peringatan.
Sebagai manusia, lupa adalah perkara biasa yang akan berlaku disepanjang perjalanan hidup. Adakalanya Allah memberi musibah sebagai peringatan kepada kita. Untuk menyedarkan kita, dan kembali membawa kita ke jalan yang benar.
3. Menghapuskan doa
Musibah juga dianggap sebagai kafarah dosa dosa yang lalu.
4. Tanda Allah sayang
Berlapang dadalah apabila ditimpa musibah, bahwasanya Allah akan memberi musibah atau dugaan kepada hamba-hambaNya yang disayangi. Bahkan Nabi Muhammad S.A.W juga diberi musibah, inikan pula kita hamba Allah yang hanya biasa biasa iman kita.
Penipuan yang tidak seharusnya dilakukan... Maimunah itulah gelaran Sabariah apabila diperkenalkan oleh Dr Ismadi sebagai isterinya. Penipuan ini sememangnya memberi impak yang sangat hebat apabila filem ini sampai ke kemuncaknya. Dimana segala rahsia Nyonya Mansur terbongkar. Namun sebelum terbongkarnya rahasia Nyonya Mansur , keangkuhannya terserlah. Dengan lantangnya penipuan semakin berleluasa . "kalau kau pun aku tak suka, keturunan kau pun aku tak suka " , sebaris ayat yang cukup menghiris.
...Apakah penipuan Nyonya Mansur berbaloi ? ...Dr Ismadi tiba-tiba mengaku kesalahanya.... Kepakarannya menjadi ganti... tetapi berbaloikah penipuan Dr Ismadi apabila cuba menyembunyikan identiti Sabariah ? - pilih untuk tidak menipu lebih baik - pandangan ikhlas untuk diri dan sahabat-sahabat semua..-
Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.... Segala rahasia telah terbongkar , Nyonya Mansur tidak mungkin dapat menebus kesalahannya. Kecilnya hati Kasim Selamat , sehingga sanggup menjadi buta sekali lagi.. Silap Dr. Ismadi yang menyatakan keadilan apabila telah memberikan semula penglihatan kepada Kasim Selamat sebagai tukaran ganti Sabariah yang dinikahinya. Sesungguhya Kasim Selamat dan Sabariah adalah mangsa keadaan....
"Katakanlah, Mahukah kami khabarkan tentang orang yang paling rugi amalan mereka? Iaitu orang-orang yang telah sia-sia usaha mereka di dunia, sedang mereka menyangka telah mengerjakan sebaik-baiknya." [Al-Kahfi:103-104]
Walau apa terjadi, syurga dibawah telapak kaki ibu...
Kedudukan Ibu yang sangat mulia di sisi agama Islam..
dari Abu Hurairah RA , bahawasanya.. ada seorang anak lelaki datang kepada Rasullullah SAW...
Ia berkata, ''Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak saya perlakukan dengan baik?'' Nabi menjawab, ''Ibumu.'' Ia bertanya lagi, ''Kemudian siapa lagi?'' Nabi menjawab, ''Ibumu.'' Kemudian ia bertanya lagi, ''Kemudian siapa lagi?'' Nabi menjawab, ''Ibumu.'' Ia masih bertanya lagi, ''Kemudian siapa lagi?'' Nabi menjawab, ''Bapakmu.'' (HR Bukhari dan Muslim).
Isteri Nabi, Aisyah pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, ''Wahai Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya atas wanita?'' Nabi menjawab, ''Suaminya.'' Lantas Aisyah bertanya lagi, ''Siapakah yang lebih berhak atas seorang laki-laki?'' Nabi menjawab, ''Ibunya?'' (HR Ahmad).
Dalam Quran meletakkan darjat tinggi buat kedua ibu bapa:
Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia, dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya, atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah sekali-kali engkau mengatakan kepada keduanya perkataan "ah!" - Jangan pula engkau membentak mereka, dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan, dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku! Sayangilah mereka berdua, sebagaimana mereka berdua telah menyayangi aku semenjak kecil." (Al-Quran Surah. 17:23-24)
Menjadi buta kembali.. itulah nasib Kasim Selamat. Mujur ada yang Ikhlas menerima beliau kembali...
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
2. Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?
3. Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.
(al-Ankabut)
Doa ketika menghadapi musibah:
"Seseorang yang tertimpa musibah lalu berkata: Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un dan berdoa: Allahumma jurnii fi musibatii wakhluf liya khairan minhaa (Ya Allah berilah aku pahala dalam musibah ini dan gantilah untukku dengan yang lebih baik daripadanya). Nescaya Allah akan memberinya pahala kerana musibah itu dan menggantikannya dengan yang lebih baik"
(Hadith Riwayat Muslim)
ini dia... kami sertakan dalam posting kali ini dengan ... Filem Ibu Mertuaku.. Selamat menonton...
Dan ini dia sedikit sumber dari WIKI untuk anda semua Sahabat-Sahabat Bila kita Mula Bersuara..
Assalamualaikum Sahabat Sahabat Bila Kita Mula Bersuara....
Ada kisah disebalik Video ini.....Dimana bagaimana seorang ini ... menjadi murtad... dan kembali semula ke jalan Allah... mari kita saksikan bersama....semoga ianya menjadi pengajaran kepada kita semua ..
Video kedua ini pula berlaku di Singapura... Bagaimana kelakuan anak muda sekarang seperti kita kembali ke Zaman JAHILIAH... Astaga... dan peratusan keruntuhan moral dalam kalangan anak remaja Melayu Islam semakin meningkat.. Siapa yang harus disalahkan..? Siapa yang harus dipertanggungjawabkan..?.. Tepuk dada , jangan tanya selera... tapi.. tanyalah IMAN...
(video ini sangat eksklusif dimana rangkaian TV di Malaysia tidak mendapat kebenarkan Video ini ditayangkan, tapi kami mengambil risiko atas dasar sayang akan Anak Remaja Islam dan Melayu.. )
Tetera Syria dan Rakyatnya sedikitpun tiada gentar dihati... Al-Quran dan Sunnah menjadi pegangan ... Hingga ke Akhir hayat.. Hanya Allah menjadi sebutan.. marilah kita bersama-sama mencontohi mereka......
Subhanallah... Indah sunguh ciptaan Allah SWT. Sesungguhnya Allah mengetahui kesucian dan keperluan makhluknya;sedangkan ALlah telah memberi peringatan dari pelbagai arah dan cara..dan kelebihan haiwan ini menukar wara badannya mengikut keadaan sekelilinh disebabkan kelemahannya bergerak perlahan... Subhanallah...
Subhanallah... Ya Allah.. lindungi lah anak ini... Limpahan rahmat dan hidayahMU kepada anak ini.... panjangkan umurnya.... Hingga ianya bermafaat untuk dirinya, keluarga dan masyarakat..