Tuesday, January 15, 2013

Gendang Silat Melayu

Warisan Melayu semakin dilupakan apabila teknologi mengambil alih setiap urusan termasuk dari bidang  komunikasi , pembuatan , dan sebagainya termasuklah Muzik. Apabila bercerita tentang Gendang Silat Melayu ..  kita pastinya terbayangkan Filem Malayu Klasik seperti filem "Musang Berjanggut" yang menggunakan Gendang Silat Melayu sebagai latar Muzik untuk Filem itu.
 (Tak caye tonton balik tau.... hahaha  )

Baiklah...  untuk menjadikan harmoninya sesebuah lagu utk Silat Melayu..  pastinya mesti ada alat muzik (Instrumen) asas yang wajib kita ketahui...  antaranya ialah :

1. Serunai
2. Gendang
3. Gong

Setiap satu dari alat muzik tersebut memainkan peranan penting dalam mencipta harmoni lagu yang dimainkan.Bukan sahaja lagu tradional Silat Melayu sahaja....  Malah kreativnya manusia diberi akal untuk membuat kelainan dengan memainkan lagu moden dan lagu hindi dalam setiap harmoni kumpulan Gendang Melayu.....

Gendang Silat Melayu - Ayam Den Lopeh   


Pada tarikh 18/12/12 saya berkunjung ke Negeri Perak untuk satu majlis WalimatulUrus , dan saya berpeluang menyaksikan persembahan Gendang Silat Melayu dengan lebih dekat.. Kagumnya saya terhadap  pelapis baru (anak muda) yang bermain instrumen Gendang Silat Melayu...  Ini dia...  dua Video yang sempat saya rakam..  dan saya kongsikan kepada semua.. untuk tatapan umum...