Mari kita bercerita tentang tarian Zapin .. Mari kita kupas perbezaan antara Tarian Zapin dengan tarian-tarian tradisional Melayu lain dinusantara ini..... Zapin berkembang luas dinusantara Melayu.. dari Malaysia dan Indonesia dan telah berkembang hingga ke selatan Filipina (pulau mindanao).termasuk negeri negeri lain di tanah melayu termasuk Pahang. Akan tetapi negeri Johor adalah salah sebuah negeri yang giat mempopularkan tarian zapin ini hingga ia menjadi Indentiti Negeri Johor itu sendiri… Di Negeri Johor sahaja telah dikenalpasti terdapat 15 jenis tarian zapin yang asalnya dari dareah-daerah dinegeri Johor termasuklah “Zapin Padang Sari” dari daerah Batu Pahat, “Zapin Putar Alam” dari Muar dan lain lain
Muzik dan Instrumen .....
Setiap tarian dibantu oleh alunan muzik yang indah
yang pastinya perlu disesuaikan dengan setiap langkah tari. Muzik yang dialun
sudah pasti ada pelbagai instrumen yang semestinya harus berindentitikan
tradisional itu sendiri untuk memainkan lagu-lagu Zapin.
Alat gendang… Rentak zapin dikuasi maruas dan dok. Irama
itu dipercantikkan lagi dengan accordian, viola dan gambus …
Bagi tarian asli ,inang dan joget pula rentaknya dialun oleh pukulan
rebana dan gendang…
Ramai beranggapan bahawa muzik Zapin adalah
dengan muzik ghazal, tetapi hakikatnya muzik Zapin dan Ghazal sebenarnya
berbeza.. Tanggapan harus dibetulkan ... Muzik Zapin sebenarnya berasal
dari Arab dan Muzik Ghazal dari India berdasarkan Instrumen dan
elemen-elemen dalam muzik setiap lagu zapin dan ghazal....
Diantara lagu-lagu zapin yg klasik atau terawal .. ialah
.. “Anak Ayam” ,“awal Bismillah” ,“abang Saleh Sayang” ,“Ya Salam” dan
“lancang kuning” , “hari ribut” …
-nota tambahan- (Muzik Melayu yang sebenarnya adalah
berirama "Melayu asli". Antara lagu lagu diperturunkan sejak zaman
berzaman dan masih terkenal hingga kehari ini.... ialah “Makan Sirih” ,
“Patah Hati” ,dan “Siti Payung” . Karya ini ada yang digubah kepada Melayu Deli
(Indonesia) dan Ghazal . )
Pakaian/Busana ........
Zapin ditarikan oleh mansyarakat kampung .. Oleh sebab itu busananya lebih menjurus kearah baju kurung dan baju melayu (bersongkok,berkain dagang). Berbeza dengan tarian melayu lain seperti Tarian Asli, Inang dan Joget yang sebenarnya ditarikan dalam kelompok bangsawan atau istana .. Oleh itu, busananya lebih kepada Kebaya atau baju Srikandi untuk penari perempuan dan baju pahlawan bagi lelaki.... Baju dipengaruhi oleh status atau kasta (bangsawan dengan rakyat biasa). Lihat sahaja filem-filem melayu lama seperti filem P.ramli seperti Filem Musang Berjanggut, sudah pasti anda akan dapat membezakannya ...
Zapin Tenglu ... pastas.. agresif.. dan Menghiburkan
Apabila Tarian Tradisional ini DITARIKAN.
Tarian Asli , Inang dan Joget biasanya ditarikan berpasangan iaitu lelaki dan perempuan, manakala ada sedikit perbezaan untuk tarian Zapin. Tarian Zapin boleh ditarikan berpasangan Lelaki dan Perempuan. Boleh juga ditarikan oleh sekumpulan Penari lelaki sahaja.... boleh pula ditarikan oleh sekumpulan Perempuan sahaja tanpa mengira umur ...Gerak tari… tarian Zapin merupakan tarian yang pantas dan agresif .. manakala tarian Asli , Inang dan Joget pula adalah lebih lembut dan tidak agresif walaupun kadangkala tarian Joget juga ditarikan dengan pantas.... ( Nota tambahan - Kalau anda semua ingin belajar menari tarian tradisional Melayu.. disarankan .. mulakan dengan tarian Inang , dan Asli dahulu) Ditarikan diatas tikar atau atas pelantar.....
Tarian Asli , Inang dan Joget biasanya ditarikan berpasangan iaitu lelaki dan perempuan, manakala ada sedikit perbezaan untuk tarian Zapin. Tarian Zapin boleh ditarikan berpasangan Lelaki dan Perempuan. Boleh juga ditarikan oleh sekumpulan Penari lelaki sahaja.... boleh pula ditarikan oleh sekumpulan Perempuan sahaja tanpa mengira umur ...Gerak tari… tarian Zapin merupakan tarian yang pantas dan agresif .. manakala tarian Asli , Inang dan Joget pula adalah lebih lembut dan tidak agresif walaupun kadangkala tarian Joget juga ditarikan dengan pantas.... ( Nota tambahan - Kalau anda semua ingin belajar menari tarian tradisional Melayu.. disarankan .. mulakan dengan tarian Inang , dan Asli dahulu) Ditarikan diatas tikar atau atas pelantar.....
Beza...? -dan sedikit nota tambahan-
Beza dari segi
ragam dan langkah…Setiap tarian mempunyai ragam dan langkah yang
pelbagai.. Setiap langkah tari zapin tiada maksud tapi tarian lain ade maknanya
yang tersendiri.. Tarian Asli dan Inang pula mempunyai etika yang
harus di tepati dengan dan dimulakan dengan "tari bunga sembah" dan
"bunga sudi "..Manakala bagi tarian Zapin ianya dimulakan
dengan taksim masuk yang diiringi dengan bunyi petikan gambus …
Dari segi pergerakan zapin
mempunyai ragam yang berpusing pergi dan balik manakala Inang, joget
dan asli , pergeraknannya kehadapan dan kesisi tidak boleh membelakangkan
tetamu..
Kenapa pergerakan zapin begitu… kebiasaanya tarian Zapin ditarikan atau lebih tepat mengikut istilah Johor sebagai “dimainkan” kerana dimainkan didalam gelanggang atau dihalaman rumah. Perlakuan tersebut untuk memastikan para penonton yg berada disekeliling dapat melihat permainan tersebut…
Apabila disebut bermain zapin para penari akan mempamirkan
kehebatan masing-masing . kadangkala siapa yang terhebat akan diberi
hadiah seperti duit, bunga, ataupun cenderamta oleh penonton . Pemenang
akan “sauk” hadiah dan duit.
(Nota tambahan - Orang melayu
dahulu Menggelar tarian Joget sebagai bertandak bayangkan dialog oleh orang
dulu-dulu ... mesti macam ni bunyinya... “ Osman..yuh kita bertandak”
..tetapi istilah itu telah bertukar setelah kedatangan penjajah seperti
Portugis , Belanda dan British) Zapin pula dahulu
disebut "bermain" bukan "menari"...Hal ini kerana
..apabila disebut "Bermain Zapin" para penari akan mempamirkan
kehebatan masing-masing . kadangkala siapa yang terhebat akan diberi hadiah
seperti duit, bunga ataupun cenderamta oleh penonton . Pemenang akan
“sauk” hadiah dan duit.
No comments:
Post a Comment