Monday, February 24, 2014

Siri Wacana Pemartabatan Bahasa Kebangsaan 2014

24/2/2014 : ( Saya percaya , tika saya menulis tentang perkara ini, sudah pasti banyak kesalahan bahasa termasuklah dengan penggunaan penanda wacana disetiap baris ayat akan dipersoalkan...tetapi saya akan cuba yang terbaik .. hahaha)



         Selesai sudah Siri Wacana Pemartabatan Bahasa Kebangsaan sebentar tadi di Muzium Istana Negara. Sesuatu yang sangat menarik yang dikongsikan oleh salah seorang Pakar Bahasa Melayu yang memartabatkan Bahasa Melayu... terima kasih kepada YBhg Prof Dato' Dr Teo Kok Seong ...  



               Sebelum itu, izinkan saya memperkenalkan  siapakah gerangan yang bernama Teo Kok Seong ataupun YBhg Prof  Dato' Dr. Teo Kok Seong...   YBhg Prof Dato Dr. Teo Kok Seong merupakan Tokoh Bahasa dan Felo Utama, Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia. Anak jati kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini dinobatkan sebagai Tokoh Pemartabat Bahasa Melayu PeringkatWilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2012 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) sebagai menghargai ketokohannya dalam memperjuang dan mengangkat bahasa Melayu melalui pendekatan nasionalis dalam penulisan, pengajaran, dan ceramahnya di negara ini.


         Siri Wanacana Pemartabatan Bahasa Kebangsaan telah berlangsung dengan jayanya dimulakan dengan ucapan dari Ketua Pengarah jabatan Muzium Negara Malaysia , YBhg. Dato' Ibrahim bin Ismail dan seusai sahaja ucapan dari beliau bermulalah acara utama iaitu Siri Wacana Pemartabatan Bahasa Kebangsaan dengan tema  "Bahasa Asas Jati Diri Bangsa" .

          Sepanjang sesi ceramah berlangsung , Prof Dato Dr. Teo Kok Seong telah menegaskan bahawa... .."Bahasa Melayu merupakan bahasa Rasmi negara" ..
.."Bahasa Melayu merupakan bahasa Kebangsaan kita"...
.."Bahasa Melayu melambangkan cinta rakyat kepada Negaranya"..
.."Bahasa Melayu sebagai alat pemersatu bangsa"...
.."Sejauh mana rakyat Malaysia menghormati Bahasa Melayu ditempat tertinggi?"..

       Malah jika direnung satu dari kata-kata yang melucur keluar dari beliau ... "Bahasa Melayu merupakan satu-satunya bahasa di dunia yang tidak disanjungi dan tidak di hormati oleh rakyatnya" ...  Secara peribadi, saya mengiakan pendapat beliau..... 


Prof Dato' Dr Teo Kok Seong





Dan memetik kata-kata beliau yang saya kira paling diingati ...

           " Walaupun Bahasa Melayu bukan bahasa ibunda saya, bukan bahasa etnik saya, namun saya bersungguh-sungguh ingin memartabatkan Bahasa Melayu yang merupakan Bahasa Kebangsaan kerana bahasa ini adalah bahasa negara saya." - Prof Dato' Dr Teo Kok Seong





            Hal ini menunjukkan Bahasa Melayu telah diangkat sebagai bahasa yang mewakili rakyat Malaysia terutama dari segi etnik, wilayah dan sektor ... Tiada mengira kaum , tiada mengira tempat dan tiada mengira siapa yang menggunakan Bahasa Melayu ianya wajar dipandang tinggi sebermula ia diangkat dengan rasminya. Oleh itu, wajar bagi kita sebagai rakyat Malaysia memartabatkan Bahasa Melayu dengan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan sehari-harian.











        Bahasa jiwa bangsa...
Bahasa menunjukkan bangsa...
Assalamualaikum wkt...




Sunday, February 23, 2014

Rindu Bonda - Pak Malau


Terbuai hati merasa RINDU
ditanya... apa yang kita tahu....
terkadang tenangnya itu didasar gelora...
TERkadang hati merindu dirintih pilu...

wajahmu tenang terbayang dimata..
Hanya mau dirimu slalu tahu....
Doaku pada dirimu tiada batas dan waktu...

Jika diikut rasa hati...
aku ku minta angin terbangkan aku kesana...
namun ketika ini...
aku terbaring lesu .. hanya butir bisu ...

Wahai Tuhanku... Sampaikan RINDUku..
Wahai Tuhanku ... Peliharalah BONDAku...
Wahai Tuhanku... dengarlah doaku...


(24/2/2014 12/02 AM : Sebenarnya .. malam ni aku rindu pade mak aku)