Monday, September 16, 2013

Jom Ke Masjid - Seven Musafir ( LIRIK )

Assalamualaikum semua...

Baru-baru ini , Masterpiece Sound Music Entertaiment berpeluang berkerjasama dengan Kumpulan yang memperkenalkan diri mereka dengan nama Seventh Musafir...  dengan konsep lagu-lagu KeTuhanan berbentuk akustik, bagi saya secara peribadi , ia merupakan konsep yang senang diterima oleh pendengar dengan lagu dan lirik yang sungguh menarik...  untuk entri ini, saya sertakan lirik dan sebuah video berlirik berjudul "Jom Ke Masjid" khas untuk pembaca-pembaca blog Bila Kita Mula Bersuara...






SUBUH
ZOHOR
ASAR
MAGHRIB
ISYA'

Jom lah keMasjid .. 
Solat Jemaah dengan Pak Imam,

Jom dengar Kuliah ,
 kita belajar Ilmu Agama,

Jom lah ke masjid , 
kita berzikir dan baca Quran

Jom lah ke Masjid,
 bila berkumandang suara Azan,

....MARI DIRIKALAH SEMBAHYAG...
 ...MARI MENUJU KEJAYAAN...


SUBUH
ZOHOR
ASAR
MAGHRIB
ISYA'







Sedikit Profil Mengenai Kumpulan Seventh Musafir .... (sumber  : Seventh Musafir Facebook Fanpage )

Assalamualaikum w.b.t. 7th Musafir sebelum ini dikenali sebagai Musafir Ilallah. Sebuah Musical Band yang membawa mesej ketuhanan dan zikrullah secara akustik unplugged melalui pendekatan Street Da'wah.

Semoga dengan karya yang terhasil, akan memberikan manfaat dan kebaikan kepada semua

Kumpulan 7th Musafir sebelum ini dikenali sebagai Musafir Ilallah mula ditubuhkan pada 2012.


Kami mengetengahkan lagu-lagu ketuhanan, nasihat dan zikir secara santai kepada semua lapisan masyarakat termasuk non Muslim.


Pendekatan da'wah secara jalanan atau STREET DA’WAH yang lebih dekat dengan khalayak ditampilkan melalui irama musik akustik santai diadun dengan melodi dan lirik yang mudah difahami, diterima dan diikuti.

Penekanan zikir-zikir harian dalam setiap lagu diutamakan untuk melazimkan satu budaya zikrullah pada setiap masa dan keaadaan. In Shaa Allah
Album Pertama:
Tajuk Album - Jom Ke Masjid
Konsep Musik - Akustik
Konsep Album - Street Da'wah
Tarikh diterbitkan - Dalam Pembikinan
Label - Loonaq Records

Dianggotai seramai 7 orang iaitu Ust Sofian, Zack, Atan Kecik, Emal, Lan Cina, Remy & A. Malek



No comments:

Post a Comment