Monday, May 20, 2013

Ibu Mertuaku - Filem P Ramlee - Penuh dengan pengajaran -

Assalamualaikum semua sahabat Bila Kita Mula Bersuara





Filem ibu mertuaku arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee merupakan sebuah filem hitam putih yang diterbitkan sekitar tahun 1962. Posting ini , kami dedikasikan khas bagi mengenang jasa Allahyarham sebagai seorang anak seni yang pastinya tiada gantinya.

Filem ini mengisahkan seorang ahli muzik berkahwin dengan anak orang kaya yang kita boleh anggap  darjat mejadi pilihan. Perkahwinan itu diputuskan oleh ibu mertuanya selepas tiga hari "sabariah" diberi peluang untuk memilih antara doktor dan ahli muzik. Bagaimana karier sorang ahli muzik dipersoal ketika itu menunjukkan darjat menjadi pilihan Nyonya Mansur. Pasangan pengantin baru ini dihalau keluar dari rumah sehingga si ibu sanggup memutuskan hubungan nya dengan anak sendiri. 

Dimana nilai seorang ibu yang sepatutnya ada pada Nyonya Mansur..??  Apakah yang harus Kassim Selamat lakukan untuk meneruskan kehidupan? Sabariah pula... Adakah Sabariah benar-benar redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan untuk beliau..? 

Penciptaan watak yang sememangnya memberi impak kepada sesiapa yang menonton filem ini.Dengan lagu " Jeritan Batinku" dan jangan tinggal daku umpama rencah dan rempah yang sangat sedap dalam sesebuah masakan dan ianya sebati dengan masakan tersebut. Filem sepanjang zaman dan tidak muak untuk kita tonton. 


Tidak salah kiranya kita cuba huraikan pengajaran , nilai murni dan norma kehidupan dalam filem ini....


  • Perkahwinan itu sesuatu yang suci. Jangan disiakan. Isteri itu ialah amanah dan hadiah dari Allah SWT. Jangan kita siakannya...Bagaimana pula dengan restu dari kedua orang tua...? Pegajaran disini, Sabariah memilih untuk keluar dari kemewahan, semata-mata untuk bersama dengan orang yang dicintainya... Kasim Selamat. Kesetiaannya ada, tetapi telah dimanipulasi oleh ibunya sendiri, kerana tidak bersetuju dengan pilihan Sabariah. Babak ini dipertontonkan sesudah Sabariah melahirkan anak mereka , Nyonya Mansur sengaja tidak menjalankan amanah dari Sabariah yang mengutuskan surat kepada Kasim Selamat.Dan sengaja mengutuskan surat yang menyatakan Sabariah sudah mati ketika melahirkan anak mereka. Kesetiaan Sabariah juga tergugat dengan kahadiran Dr. Ismadi.  
Sabda Rasullullah SAW dalam hadisnya bermaksud :
"takutlah kepada Allah , didalam memimpin isteri-isterimu , kerana sesungguhnya mereka adalag amanah yang ada disampungmu, barang siapa tidak memerintahkan suapaya isterinya mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepadanyta, maka khianat kepada Allah dan Rasul-Nya"

Kita boleh wujudkan persoalan ini.... 

...... Adakah Kasim Selamat benar-benar menjalankan tanggung jawapnya sebagai seorang suami??
..... Adakah makan ,pakai nafkah zahirnya cukup untuk sabariah?
......Tidak berkerja sehingga duduk dirumah bawah rumah(kolong) dianggap sebagai menunaikan amanah ?
......fikir-fikirkan mana yang kurang dan muhasabah diri....








  • Cinta dan kasih sayang. Cinta dan kasih sayang Kassim selamat terhadap Sabariah telah menyebabkan kemudaratan keatas diri Kassim Selamat. Buta... Walaupun bukan pintanya, tetapi itu tetap terjadi...  Buta matanya kerana mengetahui isterinya Sabariah meninggal dunia ketika melahirkan anak mereka di Singapura. Kesedihan ...  Bagi Kasim Selamat, hidupnya sudah berakhir ... 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Maka ingatlah Aku nescaya Aku akan mengingatimu dan syukurilah atas nikmat-Ku dan janganlah sekali-kali kamu kufuri nikmat-Ku.” (Surah al-Baqarah, ayat 152).

Bersyukur kepada Allah SWT terdapat tiga tingkat iaitu :

Pertama : Syukur dengan lidah.

Kedua : Syukur dengan anggota .

Ketiga : Syukur dengan hati.

Huraiannya :

Pertama : Syukur dengan lidah.



Persoalan yang kita boleh timbulkan untuk cinta dan kasih sayang ini pula ialah...
          

...Cinta sesama manusia yang berlebihan diutamakan... Adakah Kasim Selamat menjalankan cinta   ...kepada Allah , Cinta kepada Rasul Allah SAW ...?
...Adakah Kasim Selamat Bersyukur dengan anggota dengan sebelum buta , dicelikkan, dan buta sekali lagi..?
...Semoga filem ini memberi pengajaran kepada kita....




  • Belas kasihan dan simpati... Ada nilai  yang kita sepatutnya kita contohi . Ibu kepada Combi merupakan insan yang membantu Kasim Selamat ketika Kasim Selamat tiada hala tuju. Membantu dengan ikhlas...  diberinya makan dan tempat tidur , dan diangkatnya Kasim Selamat sebagai anak angkat selepas mengetahui kisah hidupnya sebagai Kasim Selamat yang diceritakan ketika Kalsum @ Combi dalam keadaan berduka atas pemergian suaminya. Dan pesanan untuk semua, memberi lebih baik dari menerima.... membantulah sebanyaknya dengan niat Ikhlas kerana Allah .
"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!" [Al-Zalzalah:7]


Persoalan yang boleh kita timbulkan..
Dimanakah keikhlasan Dr. Ismadi dan Sabariah membantu Kasim selamat dalam mengembalikan penglihatan kasim selamat..? Apakah bantuan yang diberikan benar-benar ikhlas..?




  • Menerima nasihat ...  Babak ini diterjemahkan oleh watak Combi ...  beliau mendengar nasihat dari Kassim Selamat( yang mahu dikenali sebagai Osman Zailani - menyembunyikan identiti) dan berfikir akan kesannya. Memang betul , tiada guna menangisi pemergian seseorang. Hidup perlu diteruskan. 





  • Bersyukur dengan anugerah Allah SWT. Kesilapan yang harus ditebus ...  Dr Ismadi telah melakukan pembedahan mata bagi membantu Kasim Selamat mendapatkan penglihatannya semula. Pada dasarnya, Sabariah telah menunjukkan yang beliau sememangnya tidak mengetahui akan kejadian sebenar diamana segala rahasia Nyonya Mansur telah berjaya memisahkan mereka. Sabariah juga berkecil hati apabila Kasim Selamat menyatakan isterinya sudah mati.....   Tetapi niat untuk membantu memulihkan penglihatan kepada Kasim Selamat tetap diteruskan. Kasim Selamat mendapat semula penglihatannya. Tetapi adakah Kasim Selamat bersyukur dengan apa yang diterimanya..? fikir-fikirkan.. dan jadikan pengajaran.... 

Musibah atau ujian sewajarnya diberikan oleh Allah S.W.T kepada hamba-hambaNya untuk:

1. Meningkatkan darjat seseorang hamba disisiNya.
Sesungguhnya apabila seseorang hamba diberi musibah, sudah menjadi sunnatullah untuk hamba tersebut meminta bantuan dari Tuannya. Maka musibah yang datang mendekatkan kita dengan Allah.

2. Memberi peringatan.
Sebagai manusia, lupa adalah perkara biasa yang akan berlaku disepanjang perjalanan hidup. Adakalanya Allah memberi musibah sebagai peringatan kepada kita. Untuk menyedarkan kita, dan kembali membawa kita ke jalan yang benar.

3. Menghapuskan doa
Musibah juga dianggap sebagai kafarah dosa dosa yang lalu.

4. Tanda Allah sayang
Berlapang dadalah apabila ditimpa musibah, bahwasanya Allah akan memberi musibah atau dugaan kepada hamba-hambaNya yang disayangi. Bahkan Nabi Muhammad S.A.W juga diberi musibah, inikan pula kita hamba Allah yang hanya biasa biasa iman kita.






  • Penipuan yang tidak seharusnya dilakukan...  Maimunah itulah gelaran Sabariah apabila diperkenalkan oleh Dr Ismadi sebagai isterinya. Penipuan ini sememangnya memberi impak yang sangat hebat apabila filem ini sampai ke kemuncaknya. Dimana segala rahsia Nyonya Mansur terbongkar. Namun sebelum terbongkarnya rahasia Nyonya Mansur , keangkuhannya terserlah. Dengan lantangnya penipuan semakin berleluasa . "kalau kau pun aku tak suka, keturunan kau pun aku tak suka " , sebaris ayat yang cukup menghiris. 

...Apakah penipuan Nyonya Mansur berbaloi ?
...Dr Ismadi tiba-tiba mengaku kesalahanya.... Kepakarannya menjadi ganti...  tetapi berbaloikah penipuan Dr Ismadi apabila cuba menyembunyikan identiti Sabariah ?

- pilih untuk tidak menipu lebih baik - pandangan ikhlas untuk diri dan sahabat-sahabat semua..-






  • Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna....  Segala rahasia telah terbongkar , Nyonya Mansur tidak mungkin dapat menebus kesalahannya. Kecilnya hati Kasim Selamat , sehingga sanggup menjadi buta sekali lagi.. Silap Dr. Ismadi yang menyatakan keadilan apabila telah memberikan semula penglihatan kepada Kasim Selamat sebagai tukaran ganti Sabariah yang dinikahinya. Sesungguhya Kasim Selamat dan Sabariah adalah mangsa keadaan....

"Katakanlah, Mahukah kami khabarkan tentang orang yang paling rugi amalan mereka? Iaitu orang-orang yang telah sia-sia usaha mereka di dunia, sedang mereka menyangka telah mengerjakan sebaik-baiknya." [Al-Kahfi:103-104]








  • Walau apa terjadi, syurga dibawah telapak kaki ibu...
Kedudukan Ibu yang sangat mulia di sisi agama Islam..
dari Abu Hurairah RA , bahawasanya.. ada seorang anak lelaki datang kepada Rasullullah SAW...

Ia berkata, ''Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak saya perlakukan dengan baik?'' Nabi menjawab, ''Ibumu.'' Ia bertanya lagi, ''Kemudian siapa lagi?'' Nabi menjawab, ''Ibumu.'' Kemudian ia bertanya lagi, ''Kemudian siapa lagi?'' Nabi menjawab, ''Ibumu.'' Ia masih bertanya lagi, ''Kemudian siapa lagi?'' Nabi menjawab, ''Bapakmu.'' (HR Bukhari dan Muslim).
Isteri Nabi, Aisyah pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, ''Wahai Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya atas wanita?'' Nabi menjawab, ''Suaminya.'' Lantas Aisyah bertanya lagi, ''Siapakah yang lebih berhak atas seorang laki-laki?'' Nabi menjawab, ''Ibunya?'' (HR Ahmad).


Dalam Quran meletakkan darjat tinggi buat kedua ibu bapa:

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia, dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya, atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah sekali-kali engkau mengatakan kepada keduanya perkataan "ah!" - Jangan pula engkau membentak mereka, dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan, dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku! Sayangilah mereka berdua, sebagaimana mereka berdua telah menyayangi aku semenjak kecil." (Al-Quran Surah. 17:23-24) 





  • Menjadi buta kembali..  itulah nasib Kasim Selamat. Mujur ada yang Ikhlas menerima beliau kembali...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

2. Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?
3. Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.

(al-Ankabut)


Doa ketika menghadapi musibah:

"Seseorang yang tertimpa musibah lalu berkata: Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un dan berdoa: Allahumma jurnii fi musibatii wakhluf liya khairan minhaa (Ya Allah berilah aku pahala dalam musibah ini dan gantilah untukku dengan yang lebih baik daripadanya). Nescaya Allah akan memberinya pahala kerana musibah itu dan menggantikannya dengan yang lebih baik"

(Hadith Riwayat Muslim)






ini dia... kami sertakan dalam posting kali ini dengan ...  Filem Ibu Mertuaku.. Selamat menonton...





Dan ini dia sedikit sumber dari WIKI untuk anda semua Sahabat-Sahabat Bila kita Mula Bersuara..


 P. Ramlee sebagai Kasim Selamat @ Osman Zailani
Sarimah Ahmad sebagai Sabariah
Mak Dara sebagai Nyonya Mansur

Ahmad Mahmud sebagai Doktor Ismadi

Zaiton sebagai Kalsum @ Combi

Ahmad Nisfu sebagai Mamak

Zainon Fiji sebagai ibu Combi











Al  Fatihah kita kepada Allahyarham Tan Sri P Ramli....


Jangan lupa LIKE PAGE (facebook) 
Serasi FM & Hargai Sebuah Pengalaman, Hayati Erti Kehidupan & Zikir-Harian

jangan lupa lawati blog-blog ini yang merupakan sumber rujukan kami....
www.hasrulhassan.com






4 comments:

  1. bro kalau mau downlod filimnya dimana .,.,q suka filim nya.,.

    ReplyDelete
  2. Luar biasa film ini,, serta pengajaran yg ada d dalam nya,, baru pertama nonton hari ini 14 mei 2018 sumatra,,

    ReplyDelete
  3. Kasim seLamat Tak buta semuLa....
    Kasim seLamat Tak korek mata dengan garpu
    Kasim seLamat rancang dengan Chombi supaya bekas bini (sabariah) nyoya Mansoor Dan segaLa konspirator insaf

    Darah d pipi adaLah rekaan kasim seLamat semata2

    Rancangan ini d rancang semasa Chombi meLawat kasim seLepas pembedahan mata

    Jeritan Chombi konon kasim seLamat daLam bahaya juga rekaan Chombi saja

    Tengok body Language Chombi ketika mengatakan kasim seLamat konon daLam bahaya...

    Saya yakin kasim Tak korek mata,,, dia rancang nak Lari Dari rumah doktor ismadi yg munafik

    DiaLogue p ramLee sebagai kassim seLamat terhadap doktor ismadi sangat mengesankan

    "TERiMAKASiH Di ATAS KEADiLAN MU.. TUAN DOKTOR"

    ReplyDelete