Thursday, August 22, 2013

SEGAMAT - Tanah Tumpah Darahku (Bendera Daerah & Mitos Daerah)





 "BENDERA PEMBESAR DAERAH"





Salah sebuah daerah yang paling tua di Negeri Johor... Tanah tumpah darah kami anak-anak jati Segamat.. membawa kami untuk menimbulkan persoalan...  seperti pernyataan seorang sahabat dilaman sosial 
"Muka Buku"  nya..    Saudara Haikal Hazim Hamidon ....

"Keunikan daerah-daerah di Johor salah satunya mempunyai bendera tersendiri atau bendera pembesar.
Setelah sekian lama ia dipandang sepi, kini masyarakat umum teruja ingin mengetahuinya. Namun secara zahir kini ia diamanahkan kepada Pejabat Daerah untuk dikekalkan. Akan tetapi secara sejarhanya ia milik "PEMBESAR DAERAH" persoalannya siapakah pembesar daerah tersebut??

Siapakah "PEMBESAR DAERAH SEGAMAT"??? "

-



Epik Mitos daerah SEGAMAT 

"Segamat mempunyai sebuah cerita mitos iaitu terdapat seekor naga besar yang tidur dibawah tanah di Kampung Berata sehingga Kampung Gemereh (~5KM~).Menurut cerita YM Drs.Ungku Zaman Mohd Tahir,punca daerah Segamat banjir kononnya berpunca dari Naga Besar yang bergerak dari tempat tidur asalnya yang menyebabkan Segamat mengalami banjir besar...."


disini..  suka kami nyatakan bahawa definisi Mitos ialah "satu kisah atau cerita yang melibatkan kepercayaan dari adat istiadat, kebudayaan , kepercayaan yang dianggap sebagai benar malah dijadikan panduan kepada pengikut , penduduk  atau masyarakat yang telibat pada masa dahulu (masa lampau) ... dan kepercayaan tersebut juga ada sesetengahnya melibatkan "Dewa Dewi" , Binatang ajaib seperti "Naga"  sehingga ada sesetengah perkara dijadikan rujukan masyarakat dalam gaya hidup mereka....


(kami akan terus mencari maklumat mengenai Pembesar dan Kebenaran Mitos bagi daerah Segamat)