Monday, November 19, 2012

KFBS - Komuniti Facebook Segamat


Komuniti Facebook Segamat atau KFBS merupakan satu medium perantaraan maklumat  laman sosial "MUKA BUKU" bagi warga daerah segamat, Johor. Ahli group KFBS juga sehingga hari ini(20/11/12) mencecah 13735 ahli.Dengan ahli seramai ini sememangnya ada cabaran tersendiri. 

KFBS juga menyalurkan info paling cepat diSegamat atas kerjasama ahlinya.Tidak kira info tersebut merupakan info dalam segamat,luar segamat mahupun global ,semuanya boleh dikongsikan bersama.

Dan saya melahirkan penghargaan kepada tuan empunya KFBS dan barisan kepimpinannya kerana sehingga hari ini , berjaya mengawal ahlinya yang ramai dengan jayanya...  Walaupun sering dilanda kontroversi. Antara perkara yang boleh mendatangkan kontroversi ialah POST berbentuk IKLAN yang terlalu banyak sehingga post berbentuk INFO kurang. Atas kebijaksanaan barisan admin, satu lagi akaun muka buku diberi nama IKLAN KFBS telah dicipta.Dimana pengiklan perlu mengiklankan iklan mereka diruangan komen setiap POST  Iklan KFBS


Anda boleh megiklankan iklan anda disetiap post dari akaun Facebook  ini





Sedia maklum, KFBS ada undang-undangnya,yang perlu dipatuhi oleh setiap ahli ,antaranya :-
  1. No Politic
  2. No Sex
  3. No religion issue 
  4. Dan lain-lain
KFBS menghormati sensetiviti setiap ahli atas rasional seramai 13735 ahli,mereka merupakan ahli berbilang kaum, agama, umur dan jantina . 


Berikut merupakan petikan ruangan "description" di Facebook Group KFBS

  • ۩۞۩ஜஜ۩۞۩ஜஜ۩۞۩ஜஜ۩۞۩
    Aku tatang amanat Bendahara Tepok, aku simpul sumpah Malim Deman, aku titip kasih Puteri Santan Bert

    apis, aku dakap janji Tok Medoi, aku sulam jasa Tok Gubah, aku gengam taring si Tahang Rimau, berbekal semangat Pemuda, akan ku pasak di Tangga Batu, berdiri teguh di Tungku Tiga.....INI SERU JANJI SEGAMAT DIPERTAHANKAN....

    Sekitar yang Berlaku Di Daerah Segamat, Johor.

    Segamat merupakan sebuah daerah paling tua di negeri Johor yang kaya dengan sejarah silamnya lalu ianya digelar "Daerah Lagenda".

    Sejarah silam daerah Segamat sering dikaitkan dengan kehebatan kerajaan Malim Dewa yang kononnya pada suatu masa dahulu pernah wujud di satu kawasan luas merintangi Kuala Muar hinggalah ke hulu daerah Segamat. Menurut cerita orang tua-tua Putera kepada Raja Malim Dewa iaitu Raja Malim Deman pernah mencintai seorang Puteri yang bernama Puteri Santan Bertapis. Malangnya, Puteri yang digilakan oleh Malim Deman itu telah dibawa lari oleh seorang Putera dari kayangan. Kegagalan untuk mencari Puteri tersebut telah menyebabkan baginda membuat satu sumpahan iaitu selagi Puteri yang dicintainya itu tidak ditemuinya maka daerah Segamat akan dilanda banjir. Dengan demikian, daerah ini telah dikenali sebagai "Daerah Sumpahan Malim Deman". enclosure no parti , provokasi politik, agama, dan bangsa adalah dilarang tegah. kalau rasa nak join kerana nak glamer dan
    kelancangan mulut anda adalah disarankan "JANGAN JOIN"
    :::Since 18 April 2009 :::




    Saya sertakan LINK untuk terus ke KFBS. 
    Klik sini  ---> KOMUNITI FACEBOOK SEGAMAT (KFBS)

    saya sertaka juga LINK jika anda ingin menjadi rakan kepada IKLAN KFBS
    Klik sini ---> Iklan KFBS








No comments:

Post a Comment